• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Costa Smart Cafe, mesin kopi layan diri yang menyediakan lebih 500 jenis minuman

  • OLEH Najib
  • 1:31 pm
  • 07/10/2021
  • Komen
Costa Smart Cafe, mesin kopi layan diri yang menyediakan lebih 500 jenis minuman
Share on FacebookShare on Twitter

Hari Kopi Antarabangsa disambut setiap tahun pada 1 Oktober. Bagi tahun ini, rangkaian kopi antarabangsa Costa Coffee, meraikannya dengan melancarkan Costa Smart Café Baru. Costa Coffee yang ditubuhkan di London pada tahun 1971, turut menyambut ulangtahun ke-50 mereka pada tahun ini.

Costa Smart Café adalah mesin kopi layan diri bersepadu pertama di dunia yang direka khas agar mudah digunakan peminat kopi yang mahu bergerak pantas. Mesin yang canggih ini menyediakan minuman kegemaran mereka hanya dengan satu sentuhan butang.



Costa Smart Café yang baru ini mempunyai teknologi pintar yang mampu menuangkan bukan sahaja air hangat dan dingin, tetapi juga jumlah ais yang tepat bagi setiap cawan Costa Coffee yang disaji. Ia juga kini dilengkapi skrin sentuh definisi tinggi terkini yang telah diperbaharui, bersama sistem bunyi dan bau kopi ibarat berada di samping barista.

Dengan lebih 500 jenis minuman kopi untuk dipilih, rakyat Malaysia kini dapat menikmati kopi berkualiti barista layan diri, dibancuh sempurna dengan biji kopi panggang dan susu segar khas Costa Coffee, dalam beberapa saat sahaja di mesin layan diri Costa Smart Café.



Antara pilihan minuman lain adalah mocha, coklat, dan susu sejuk berperisa, sama ada panas atau ais. Costa Coffee juga memperkenalkan minuman kordial buah ais baru, Strawberry Lime dan Mandarin Chai.

Peminat kopi boleh mendapatkan kopi Costa Coffee di Shell Deli2Go, Petron dan 99 Speedmart terpilih di seluruh negara. Semak senarai lokasi tersebut di sini.

Tags: Costa CoffeeCosta Smart Cafe
Najib

Najib

POPULAR

Costa Smart Cafe, mesin kopi layan diri yang menyediakan lebih 500 jenis minuman

Costa Smart Cafe, mesin kopi layan diri yang menyediakan lebih 500 jenis minuman

7 October 2021
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN