• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix mahu sunting cerita Squid Game kerana nombor telefon

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:02 pm
  • 07/10/2021
  • Komen
Netflix mahu sunting cerita Squid Game kerana nombor telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Squid Game di Netflix yang kini sangat popular, akan disunting semula setelah mendapati nombor telefon yang ditunjukkan pada satu kad misteri dalam siri itu, merupakan nombor asli dan ada pemiliknya. Jika anda sudah menonton siri ini, pasti anda perasan pada babak lelaki misteri yang dilakonkan oleh Gong Yoo memberikan kad nama mengandungi nombor telefon lapan digit, kepada watak utama Seong Gi-hun, yang dilakonkan oleh Lee Jung-jae. Nombor telefon pada kad itulah yang mendapat perhatian ramai.

Suami isteri dihujani mesej & panggilan gurauan

Seorang individu yang mengaku sebagai pemilik nombor tersebut memberitahu sebuah media tempatan bahawa dia dihujani banyak mesej dan panggilan gurauan (prank call). Hal ini telah mengganggu privasi kehidupannya. Panggilan tersebut tentunya dilakukan oleh peminat siri Squid Game. Menurut mangsa, dia menerima sekitar 4,000 panggilan telefon sehari dan ramai mengatakan bahawa mereka ingin menyertai permainan Squid Game. Perkara ini mengakibatkan bateri telefonnya habis dalam masa kurang dari setengah hari.



Dilaporkan juga bahawa isterinya turut menerima panggilan prank, kerana memiliki nombor hampir sama dengannya, cuma berbeza satu digit. Mangsa menambah, sukar untuknya menukar nombor telefon baru, kerana nombor itu digunakan untuk perniagaannya lebih dari 10 tahun.

Netflix mahu bayar pampasan

Netflix mengatakan bahawa pihaknya sedang berunding dengan pemilik nombor telefon itu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kejadian ini berlaku secara tidak sengaja. Mereka juga menawarkan wang pampasan berjumlah hanya 1 juta won, iaitu sekitar RM3,513.11 kepada mangsa.



Berikutan kejadian mesej dan panggilan gangguan ini, seorang calon presiden Korea Selatan, Huh Kyung-young melalui Facebooknya telah menawarkan 100 juta won iaitu sekitar RM351,383.33 untuk membeli nombor telefon itu.

Namun, hal ini bukan memberi kesan kepada seorang individu sahaja, pemilik nombor yang seakan sama juga turut menerima impak serupa. Netflix dan syarikat produksi tempatan Siren Pictures mengatakan bahawa mereka akan menyunting babak yang terlibat untuk memadam nombor telefon itu.

[Sumber: TheVerge, Reuters, South China Morning Post]

[Sumber gambar: The Tab]

Tags: NetflixSquid Game
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Netflix mahu sunting cerita Squid Game kerana nombor telefon

Netflix mahu sunting cerita Squid Game kerana nombor telefon

7 October 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER