• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan keluarga tanpa had Celcom RM40/bulan diluaskan sehingga 6 talian

  • OLEH Najib
  • 5:37 pm
  • 13/10/2021
  • Komen
Celcom perkenal pelan keluarga tanpa had RM40/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom telah memperkenal talian keluarga tanpa had pada bulan April lepas, di bawah pelan pascabayar Celcom Mega. Kini mereka mengumumkan talian keluarga ini diluaskan lagi daripada 3 talian, kepada 6 talian tambahan.

Talian keluarga Celcom ini ditawarkan pada harga RM40/bulan. Pengguna Celcom Mega 98 dan ke atas, boleh menambah salah satu dari dua jenis talian keluarga. Pertama ialah pelan Internet Pantas 30GB dan kedua adalah pelan Internet Tanpa Had 6Mbps dengan hotspot 5GB.



Bagi pelan Celcom Mega 98, boleh menambah sehingga 3 talian keluarga tetapi bagi pelan Celcom Mega 128 dan ke atas, boleh menambah sehingga 6 talian keluarga.

Apa yang mudahnya dengan pelan keluarga Celcom ini adalah, talian keluarga tidak perlu mengikuti talian utama. Bermakna, setiap talian keluarga boleh memilih untuk melanggan pelan Internet Pantas atau pelan Internet Tanpa Had yang berbeza pada harga yang sama, RM40/bulan.



Semua talian utama dan talian keluarga di bawah pelan Celcom Mega datang bersama panggilan tanpa had ke semua talian. SMS pula dicaj 20sen setiap satu.

Dari ruangan soalan lazim FAQ serta laman terma dan syarat Celcom Mega, ia tidak menyatakan terdapatnya polisi penggunaan saksama (FUP). Ini berbeza dengan Xpax Unlimited yang baru mengenakan had FUP sebanyak 60GB sebulan dan menyekat kelajuan kepada 512kbps apabila kuota FUP dicapai.

Perkhidmatan Keutamaan dan Video Walla Plus

Khas buat pelanggan Celcom Mega 128 dan ke atas, mereka akan boleh menikmati Perkhidmatan Keutamaan Celcom iaitu panggilan ke khidmat pelanggan yang dijawab lebih pantas, pemilihan nombor telefon khas, serta terma kredit dilanjutkan selama 45 hari.

Di samping itu, Celcom turut memberi data khas Video Walla Plus untuk pelan Celcom Mega 128 dan ke atas. Ia menyediakan 9GB data khusus untuk menstrim di Netflix, Viu, ErosNow, Astro Go, iflix dan iQiyi. Malah, pelanggan turut menerima 6-bulan akses VIP untuk iQiyi, yang boleh ditebus di dalam aplikasi Celcom Life.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh melayari laman web Celcom Mega.

Tags: celcomcelcom mega
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Celcom perkenal pelan keluarga tanpa had RM40/bulan

Pelan keluarga tanpa had Celcom RM40/bulan diluaskan sehingga 6 talian

13 October 2021
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER