• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar bil elektrik di aplikasi myTNB & dapatkan baucar Shopee RM100

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:47 pm
  • 15/10/2021
  • Komen
Kelajuan jalur lebar TNB cecah lebih 900Mbps
Share on FacebookShare on Twitter

Tenaga Nasional Berhad (TNB) melancarkan kempen myTNB Giveaway bagi meraikan kejayaan mereka, setelah berjaya mencapai lebih daripada 5 juta pengguna platform myTNB. Kempen ini berlangsung dari 16 September sehingga 31 Oktober 2021. Melaluinya, pelanggan TNB berpeluang menjadi antara 500 pemenang baucar Shopee bernilai RM100 setiap satu.

Kempen ini terbuka kepada setiap pelanggan yang menghubungkan akaun elektrik kediaman mereka dengan aplikasi atau portal myTNB.



Untuk menyertainya, ada dua kaedah yang boleh dilakukan. Pertama, anda perlu lakukan mana-mana transaksi berikut di aplikasi atau portal myTNB sepanjang tempoh kempen:

  1. Lakukan pembayaran penuh bil elektrik
  2. Lakukan permohonan baharu untuk penyambungan elektrik
  3. Naik taraf bekalan elektrik kepada tiga fasa
  4. Lakukan permohonan pertukaran penyewa (menukar nama pada akaun TNB)

Kedua, anda perlu menyiarkan satu hantaran di akaun media sosial dan nyatakan sebab myTNB menjadi pilihan dengan melengkapkan ayat, “#ilovemyTNB kerana….” tidak lebih daripada 15 patah perkataan.



Bagi tujuan semakan, perkongsian media sosial tersebut perlu ditetapkan kepada umum. Seramai 500 pemenang akan dipilih daripada mereka yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Pemenang bagi kumpulan pertama telah dihubungi pada awal Oktober 2021 menerusi e-mel yang didaftarkan. Kumplan pemenang yang berikutnya akan diumumkan pada setiap dua minggu dan kumpulan yang terakhir diumumkan pada minggu pertama November 2021.

Senarai pemenang boleh didapati di portal myTNB pada November 2021. Anda boleh memuat turun aplikasi myTNB melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Anda juga boleh mendaftar sebagai pengguna myTNB menerusi laman sesawang rasmi myTNB. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen myTNB Giveaway, anda boleh bacanya di sini.

[Sumber: Metro, TNB]

Bacaan Berkaitan

Portal TNB dan aplikasi MyTNB sedia kemudahan 24/7 sepanjang PKP
Fahami penggunaan elektrik serta tip penjimatan bil
TNB dan DHL jalin kerjasama bangun stesen pengecas kereta elektrik
Tags: TNB
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kelajuan jalur lebar TNB cecah lebih 900Mbps

Bayar bil elektrik di aplikasi myTNB & dapatkan baucar Shopee RM100

15 October 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER