• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelancaran jam tangan, telefon dan laptop baru Huawei minggu hadapan

  • OLEH Najib
  • 1:11 pm
  • 22/10/2021
  • Komen
Pelancaran jam tangan, telefon dan laptop baru Huawei minggu hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Satu acara majlis pelancaran peringkat Asia Pasifik akan diadakan oleh Huawei tidak lama lagi. Huawei turut mengumumkan bahawa, sebahagian pelancaran itu akan membuat kemunculan di Malaysia tidak lama lagi.

Produk baru tersebut adalah laptop Huawei MateBook 14s, telefon pintar Huawei Nova 9 dan jam pintar Huawei Watch GT 3.



Majlis pelancaran ini boleh disaksikan semua orang menerusi Facebook Huawei. Ia akan bersiaran pada hari Khamis, 28 oktober 2021 mulai pukul 7 malam.

Walaupun masih belum dilancarkan, Huawei telah berkongsi banyak perkara tentang produk yang akan tiba ini.



Huawei MateBook 14s

Laptop ini menerima beberapa naik taraf penting, antaranya paparan resolusi 2.5k dalam nisbah 3:2, dengan kadar penyegaran 90Hz. Ia digerakkan dengan kuasa cip Intelterbaru, Core siri-H generasi ke-11.

Bateri 60Wh dipasang di dalamnya dan kini menyokong kuasa pengecas 90W melalui USB-C. Pengecasan pantas padanya membolehkan penggunaan sehingga 3 jam dengan mengecas 15 minit sahaja.

Huawei mengumumkan bahawa tempahan awal untuk Huawei MateBook 14s di Malaysia akan dibuka pada 28 Oktober 2021.

Huawei Nova 9

Maklumat telefon ini diketahui kerana ia telah dilancarkan di China dan Eropah. Nova 9 masih tiada sokongan Google dan mengekalkan ketiadaan 5G akibat sekatan kerajaan Amerika Syarikat.

Telefon ini sangat mirip dengan Honor 50 di mana ia memiliki skrin OLED HD Penuh 6.57-inci dengan kadar penyegaran 120Hz. Cip Qualcomm Snapdragon 778G menjadi penggerak utama tetapi tiada sokongan 5G padanya. Di China, Nova 9 dilengkapi dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB.

Rekaan kamera belakang Nova 9 memang serupa dengan Honor 50, dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor RYYB untuk menyerap 40% lebih cahaya, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya 32MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Nova 9 memiliki bateri 4,3000mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W. Walaupun tiada 5G, ia lengkap dengan sambungan WiFi 6 802.11ax dan Bluetooth 5.2.

Huawei Watch GT 3

Ini adalah jam pintar premium dengan rekaan bulat dan butang berputar digital. Di hadapan, Watch GT 3 kelihatan berbeza dengan Watch 3 Pro yang dilancarkan bulan Jun lepas, dengan dua saiz iaitu 46mm dan 42mm.

Sistem operasi HarmonyOS 2 dijangka menjadi penggerak utama jam ini, menyediakan penjejakan kecergasan dan kesihatan canggih sepanjang masa. Huawei menyatakan hayat bateri panjang di jam pintar ini, sehingga 2 minggu.

Bacaan Berkaitan

Huawei Nova 8 dilancar dengan skrin super, kamera super dan pengecas super
Tempahan awal jam siri Huawei Watch 3 ada cenderahati bernilai RM828
Huawei Malaysia lancar 4 laptop 2021: MateBook D 14, MateBook D 15, MateBook 14 & MateBook X Pro
Tags: HuaweiHuawei MateBook 14sHuawei Nova 9Huawei Watch GT 3
Najib

Najib

POPULAR

Pelancaran jam tangan, telefon dan laptop baru Huawei minggu hadapan

Pelancaran jam tangan, telefon dan laptop baru Huawei minggu hadapan

22 October 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN