• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Google mahu perkenal Android yang lebih serasi tablet dan skrin besar

  • OLEH Najib
  • 10:44 am
  • 28/10/2021
  • Komen
Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus disertakan dok pengecas pintar dan Google Assistant
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda ingat, Google pernah melancarkan sistem operasi Android khusus untuk tablet pada tahun 2011, dipanggil sebagai Android 3.0 Honeycomb. Bagaimanapun, ia tidak diteruskan dan Google menggunakan Android yang sama bagi tablet dan telefon pintar selepas itu.

10 tahun kemudian, kini Google mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan Android yang direka lebih serasi untuk digunakan di tablet dan skrin besar seperti laptop. Ia akan dipanggil sebagai Android 12L. “L” padanya dikatakan merujuk kepada Large (besar).



Menurut Google, Android 12L akan tersedia pada awal tahun 2022. Previu pembangun Android 12L telah dikeluarkan sekarang untuk ujian di emulator dan ia akan boleh diuji di Lenovo Tab P12 Pro tidak lama lagi. Google juga akan melepaskan versi beta awam bagi peranti Pixel, kerana kemaskini Android 12L akan turut diberikan kepada telefon pintar. Tetapi kebanyakan fungsi tambahannya tidak akan dapat dilihat pada skrin kecil.

Antara pembaharuan antaramuka yang akan ada di Android 12L untuk skrin besar adalah di notifikasi, tetapan pantas, kunci mukaskrin, muka utama, aplikasi yang baru digunakan dan banyak lagi. Kebanyakannya akan menunjukkan susun atur dua baris, sesuai dengan ruang skrin yang lebih luas.



Untuk kerja berbilang aplikasi lebih baik, Android 12L menyediakan ‘taskbar’ baru yang memudahkan pertukaran aplikasi kegemaran dengan pantas. Ia juga akan menjadikan mod ‘split screen’ iaitu pelbagai aplikasi di skrin serentak, akan lebih senang ditemui. Seperkara lagi, semua aplikasi akan boleh digunakan dalam mod ‘split screen’. Satu naik taraf besar yang pasti disukai ramai.

Bagi menyelaraskan pembaharuan ini, Google meminta pembangun aplikasi untuk mengemaskini aplikasi mereka untuk lebih menyesuaikannya agar pelbagai skrin di Android berfungsi dengan baik. Google menyediakan tiga kelas skrin iaitu Compact untuk telefon, Medium untuk tablet kecil dan Expanded untuk mod mendatar di tablet dan komputer. Google juga akan menyediakan API yang peka skrin lipat dan engsel, agar antaramuka boleh dipaparkan dengan lebih asli.

Di Google Playstore pula, Google akan memberi amaran apabila pengguna memuat turun aplikasi yang tidak dioptimumkan untuk skrin besar, jika menggunakan peranti dengan skrin besar. Google juga akan membuat pemarkahan bagi senarai aplikasi khusus untuk skrin besar dan semua perubahan ini akan dapat disaksikan pada tahun hadapan.

[Sumber: GSMarena, Android Developers]

Bacaan Berkaitan

Google Pixel 6 | 6 Pro: Spesifikasi dan harganya
5 ciri-ciri baharu yang akan tiba di Android 12
Game di Android 12 boleh dimain semasa muat turun belum selesai
Tags: androidandroid 12Android 12LGoogleGoogle Android 12L
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus disertakan dok pengecas pintar dan Google Assistant

Google mahu perkenal Android yang lebih serasi tablet dan skrin besar

28 October 2021
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN