Kalau anda terlepas berita tentang isu kabotaj, anda boleh ikuti kronologinya di sini. Secara asasnya, Malaysia telah memansuhkan pengecualian kabotaj terhadap kapal luar yang ingin masuki perairan negara untuk memasang atau menyelenggara kabel dasar laut. Kesannya, operator daripada luar perlu melalui birokrasi yang panjang apabila ingin memohon kebenaran dan akibatnya, proses membaiki kabel dasar laut menjadi lama.
Isu itu mungkin dirungkaikan apabila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dijadualkan untuk berdebat dengan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng pada 2 November 2021, jam 09:30 malam di Astro Awani.
Debat itu dijangka menyentuh isu seperti:
- Kenapa kabotaj dimansuhkan
- Adakah negara kehilangan peluang pendaratan kabel dasar laut
- Adakah kita miliki cukup kepakaran untuk lakukan penyelenggaran kabel dasar laut
Dalam bulan April 2021, Facebook dan Google telah mengumumkan projek kabel dasar laut yang menghubungkan Amerika Syarikat dengan Singapura dan Indonesia. Peliknya Malaysia tidak pula menjadi salah satu lokasi pendaratan.
Untuk maklumat, Facebook dan Google beberapa kali menghubungi pihak kerajaan, kedua-dua kerajaan PH dan PN namun tiada hasil yang memberangsangkan diperoleh.
[Sumber: Malay Mail, Gambar Pemuka, 2]