• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelancaran 5G di Malaysia mungkin lewat kerana tiada yang bersetuju dengan perjanjian DNB

  • OLEH Najib
  • 10:25 am
  • 11/11/2021
  • Komen
Pelancaran 5G di Malaysia mungkin lewat kerana tiada yang bersetuju dengan perjanjian DNB
Share on FacebookShare on Twitter

DNB baru sahaja mengumumkan bahawa mereka selesai mengadakan ujian RAN 5G pelbagai rangkaian (MOCN) melebihi 2 rangkaian di Malaysia, dikatakan pertama di dunia. DNB juga mengatakan mereka masih dalam jadual untuk memiliki 500 tapak sedia 5G menjelang tahun ini.

Tetapi laporan terbaru daripada Reuters mengatakan bahawa tiada syarikat telekomunikasi Malaysia bersetuju untuk menggunakan rangkaian 5G yang dimiliki penuh DNB. Dikatakan, ia berkenaan masalah harga dan ketelusan di dalam perjanjian borong tersebut.



Reuters melaporkan lagi, DNB telah mengesahkan bahawa tiada persetujuan dicapai dengan syarikat telekomunikasi dan mengakui bahawa perancangan mereka untuk rundingan awal terlalu optimistik. DNB menjangka untuk mengadakan perjanjian jangka pangjan awal tahun hadapan dan akan meneruskan usaha untuk membangunkan perkhidmatan 5G di tiga kawasan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. DNB juga mensasarkan untuk mencapai 80% liputan populasi 5G menjelang 2024.

Ketua Pegawai Teknologi DNB, Ken Tan memberitahu Reuters, “Sasaran sekarang adalah untuk menghidupkan rangkaian, meliputi sejumlah 500 tapak menjelang hujung Disember, dengan sekurang-kurangnya satu syarikat telekomunikasi menyertai kami untuk menyediakan rangkaian 5G kepada pengguna.” Bagaimanapun, tidak dimaklumkan apakah langkah mereka seterusnya, jika tiada syarikat telekomunikasi bersetuju untuk menyertai pelancaran ini.



Memetik beberapa sumber dalaman industri, laporan ini mengatakan bahawa syarikat telekomunikasi telah melabur banyak dalam menaik taraf rangkaian mereka untuk menyokong perkhidmatan 5G, dan mereka berasa rangkaian borong tunggal ini akan melahirkan monopoli dan memberi kesan kepada perniagaan serta menghadkan akses kepada teknologi di masa hadapan. Sumber menjangka bahawa rancangan kerajaan ini akan meleburkan RM45 bilion nilai pasaran meliputi semua syarikat telekomunkasi termasuk Axiata, Digi dan Maxis. Ahli Parlimen Pakatan Harapan baru-baru ini memaklumkan bahawa SKMM telah mengemaskini panduan spektrum di mana ia menghalang syarikat telekomunikasi daripada menggunakan spektrum sedia ada mereka untuk kegunaan 5G dan teknologi akan datang.

DNB menekankan bahawa langkah ini akan membantu mengurangkan kos pembangunan 5G. Ketua Pegawai Operasi DNB, Dusyan Vaithiyanathan baru-baru ini mengatakan bahawa syarikat telekomunikasi akan membayar lebih rendah untuk setiap GB bagi data 5G menerusi perjanjian borong DNB, berbanding apa yang mereka laburkan untuk rangkaian 4G. Dia juga berkongsi bahawa DNB akan menyewa infrastruktur sedia ada syarikat telekomunikasi seperti menara dan kabel fiber optik untuk membangunkan 5G pada kos yang rendah berbanding membangunkan infrastruktur baharu. DNB merancang untuk mengintegrasi rangkaian mereka kepada teras syarikat telekomunikasi dan mereka boleh memilih untuk menyediakan perkhidmatan 5G secara Stand Alone (SA) atau Non-Stand Alone (NSA).

Sumber: Annuar Musa

Dalam upacara DNB semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkongsi bahawa DNB telah berjaya dalam ujian RAN 5G MOCN. Dari gambar yang dimuat naik, ia menunjukkan rangkaian Unifi Mobile, Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, masing-masing berupaya memuat turun data melebihi 1Gbps dan muat naik melebihi 100Mbps. DNB sebelum ini menyatakan bahawa rangkaian 5G DNB mampu menyediakan kelajuan sekurang-kurangnya 100Mbps di liputan terlemah 5G. Tetapi ia masih tertakluk kepada penyedia perkhidmatan yang mengawal produk dan perkhidmatan mereka.

[Sumber: Reuters]
[Gambar: DNB]

Bacaan Berkaitan

DNB selesai ujian integrasi RAN 5G lebih 2 rangkaian, pertama di dunia
Zahidi Zainul nampak tidak tahu tentang anugerah terus spektrum 5G kepada DNB
Digital Nasional Berhad, dilantik sebagai syarikat pembangun & pengurus 5G di Malaysia
Tags: 5gDNB
Najib

Najib

POPULAR

Pelancaran 5G di Malaysia mungkin lewat kerana tiada yang bersetuju dengan perjanjian DNB

Pelancaran 5G di Malaysia mungkin lewat kerana tiada yang bersetuju dengan perjanjian DNB

11 November 2021
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN