Dalam diam-diam, Samsung Malaysia membawa masuk empat model telefon pintar baru ke Malaysia. Empat model tersebut ialah Galaxy A6 dan A6+ untuk kelas pertengahan, dan Galaxy J6 dan Galaxy J4 bagi kelas permulaan.
Semua telefon ini memiliki tanda harga bersama GST 6%. Tetapi kini Samsung melalui kempen Samsung Mobile Raya memberi diskaun 6% untuk pembelian telefon pintar ini, serta kad Petronas RM20 percuma. Malah, berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menyediakan hadiah bernilai RM2 juta.
Galaxy J4 (RM599)
Telefon kelas permulaan Samsung kini sedikit lebih baik. Galaxy J4 dijual pada harga RM599 termasuk GST 6%, dilengkapi dengan 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Kuasa pemprosesnya ialah cip Exynos 7570, dengan bateri berkapasiti 3,000mAh.
Ia menggunakan paparan Super AMOLED berukuran 5.5-inci dengan resolusi HD 1280×720. Kameranya 13MP F1.9 di belakang, dan 5MP F2.2 di depan. LED Flash terdapat di depan dan belakang. Satu lagi yang menarik, ia memiliki tiga slot untuk memuatkan dua kad sim dan kad mikroSD.
Galaxy J4 datang dengan tiga warna pilihan iaitu Hitam, Emas dan Ungu. Ia dijual pada harga RM599 dan kini diberikan diskaun 6%.
Galaxy J6 (RM799)
Boleh dikatakan telefon pintar Samsung dengan paparan Inifinity Display termurah. Skrin Super AMOLED berukuran 5.6-inci dengan resolusi HD+ 1480×720 digunakan pada Galaxy J6. Di dalam ia memiliki cip Exynos 7870, 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Seperti Galaxy J6, telefon ini juga memiliki tiga slot kad.
Kamera belakangnya 13MP F1.9 dan kamera hadapan 8MP F1.9. LED Flash turut ada untuk kamera belakang dan depan. Bateri pula sebesar 3,000mAh. Ia memiliki pengimbas capjari di belakang.
Galaxy J6 datang dengan tiga warna pilihan iaitu Hitam, Emas dan Ungu. Ia dijual pada harga RM799 dan kini diberikan diskaun 6%.
Galaxy A6 (RM1,099)
Sepintas lalu, spesifikasi Galaxy A6 nampak sama macam Galaxy J6. Skrinnya Infinity Display Super AMOLED, berukuran 5.6-inci dengan resolusi HD+ 1480×720. Kuasa di dalamnya menggunakan cip Exynos 7870, bersama 3 GB RAM dan 32GB storan. Ia juga memiliki tiga slot kad, dua untuk kad sim dan satu untuk kad mikroSD. Bateri juga sama besar, 3,000mAh.
Tetapi perbezaannya terletak pada kamera. Galaxy A6 memiliki kamera belakang 16MP F1.7 dan kamera depan 16MP F1.9, dengan kedua-duanya dilengkapi LED Flash. Warna yang ditawarkan juga sedikit lain, iaitu Hitam, Emas dan Biru.
Galaxy A6 dijual pada harga RM1,099 termasuk GST, tetapi akan menerima diskaun sebanyak 6%.
Galaxy A6+ (RM1,399)
Walaupun ditambah +, Galaxy A6+ sebenarnya memiliki lebih dari sekadar skrin besar. Ia menggunakan cip berbeza, iaitu Snapdragon 450 bersama 4GB RAM dan 32GB storan dalaman. Slot kad masih ada tiga, dua untuk kad sim dan satu buat kad mikroSD.
Skrin sudah pasti lebih besar, paparan Infinity Display Super AMOLED seluas 6.0-inci FHD+ (2220×1080). Bateri juga lebih besar, berkapasiti 3,500mAh.
Kamera juga nampak lebih berkuasa. Di belakang ia menggunakan dwi sensor 16MP F1.7 dan 5MP F1.9. Kamera depannya pula 24MP F1.9. LED Flash terdapat di kamera belakang dan depan.
Galaxy A6+ datang dengan tiga warna pilihan iaitu Hitam, Emas dan Biru. Ia dijual pada harga RM1,399 dan kini diberikan diskaun 6%.