• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A95: Maklumat Penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:16 am
  • 16/11/2021
  • Komen
Oppo A95: Maklumat Penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo A95 kini telah dilancarkan di Malaysia, telefon pintar keluaran Oppo dengan kuasa kelas pertengahan. Menurut Oppo, telefon pintar Oppo A95 memperkasakan pengguna melalui teknologi berkuasa dan rekabentuk bergaya, bagi memenuhi keperluan pengguna muda dan canggih untuk komunikasi harian yang lebih pintar.

Harga dan promosi

Oppo akan menjual Oppo A95 mulai 20 November 2021. Sebelum itu, tempahan awal akan dibuka dari 15-19 November 2021 dan menyediakan tawaran menarik untuk pembeli awal di tempoh ini.



Oppo A95 akan dijual pada harga RM1,099 dan tempahan awal selewatnya pada 19 November 2021 akan menerima tawaran menarik iaitu membeli Enco Buds pada harga RM1 (harga asal RM159). Selain itu, jika tempahan awal dibuat di Stor Online Oppo Malaysia dan diambil di Oppo Brand Store, akan menerima secara percuma jaminan tambahan 6 bulan dan Oppo VOOC powerbank bernilai RM229.

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan awal, boleh berbuat demikian di aplikasi My Oppo Space, Oppo Brand Store, Stor Online rasmi OPPO, pengedar sah Oppo, serta di platform e-dagang Shopee, Lazada dan Astro Go Shop.



Spesifikasi

Oppo memperkenal Oppo A95 dengan rekaan Oppo Glow, di mana ia menggunakan kemasan dwi-matte bergemerlapan seperti jutaan berlian di belakang. Kemasan ini kalis capjari, menjadikan ia kelihatan bersih dan kekal cantik sepanjang masa. Terdapat dua pilihan warna untuk Oppo A95, hitam dan pelangi.

Telefon ini dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 662, tanpa 5G. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Oppo A95 turut datang dengan sistem RAM Expansion, yang berupaya menukar ruang storan kepada RAM sehingga 5GB bagi melancarkan lagi perjalanan aplikasi.

Skrin seluas 6.43-inci menghiasi ruang hadapan, menggunakan paparan AMOLED 60Hz dan resolusi HD penuh. Pengimbas capjari terletak di dalam skrin, memandangkan ia menggunakan skrin AMOLED.

Kamera belakangnya ada tiga, gandingan kamera utama 48MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya terletak di dalam lubang kecil di sudut atas skrin, menggunakan sensor 16MP.

Bateri pula berkapasiti 5,000mAh di dalamnya dan ia menyokong pengecasan pantas Flash Charge 33W. Sistem bunyi dihasilkan menerusi pembesar suara mono di bawa dan jek audio juga masih ada, terletak di bawah telefon.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo A16K telefon pintar mampu milik terbaru di Malaysia
  • Oppo Reno 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Oppo Reno6 & Reno6 Z: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: oppoOppo A95
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Oppo A95: Maklumat Penjualannya di Malaysia

Oppo A95: Maklumat Penjualannya di Malaysia

16 November 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER