• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Samsung umum One UI 4 berasaskan Android 12 untuk peranti ini

  • OLEH Najib
  • 6:31 pm
  • 24/11/2021
  • Komen
Galaxy S21 Ultra: Harapan Samsung untuk leburkan badi lagxynos
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung One UI 4, sistem operasi (OS) terbaru Samsung berasaskan Android 12, akan mula menemui pengguna tida lama lagi. Mulai 25 November 2021, pemilik siri Galaxy S21 boleh mula menjangka ketibaan One UI 4 ke dalam peranti mereka.

Telefon pintar Galaxy S21 5G, Galaxy S21+ 5G dan Galaxy S21 Ultra 5G akan menjadi yang pertama menerima kemaskini One UI 4. Model Samsung lain termasuk tablet dan peranti boleh lipat, akan mendapat kemaskini ini di masa akan datang.



Samsung sebelum ini telah menjamin banyak peranti keluaran mereka, akan menerima kemaskini OS sekurang-kurangnya 3 kali dan kemaskini keselamatan selama 4 tahun. Bagi One UI 4, peranti yang telah disahkan Samsung akan menerimanya adalah:

  • Galaxy S20
  • Galaxy S20+
  • Galaxy S20 Ultra
  • Galaxy S20 FE
  • Galaxy Note20
  • Galaxy Note20 Ultra
  • Galaxy S10
  • Galaxy S10e
  • Galaxy S10+
  • Galaxy S10 5G
  • Galaxy Note10
  • Galaxy Note 10+
  • Galaxy Galaxy Fold
  • Galaxy Z Fold3
  • Galaxy Z Flip3
  • Galaxy Z Fold2
  • Galaxy Z Flip 5G
  • Galaxy A82 5G
  • Galaxy A72
  • Galaxy A52
  • Galaxy A52 5G
  • Galaxy A52s 5G
  • Galaxy A42 5G
  • Galaxy Tab S7
  • Galaxy Tab S7+

Apa yang baru di One UI 4

Secara ringkas, banyak pembaharuan Android 12 dapat dilihat di One UI 4. Antaranya pemilihan warna tema yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna, tidak lagi terhad kepada warna tertentu yang disediakan sahaja.



Keselamatan peribadi pengguna dipertingkat lagi dengan lebih banyak kuasa diberikan kepada pengguna untuk memilih apa yang boleh digunakan oleh aplikasi. Antaranya memberi amaran jika ada aplikasi yang mahu menggunaan kamera, mikrofon atau lokasi, semuanya boleh dilihat dari satu antaramuka yang lebih mudah.

Samsung menyatakan, mereka bekerjasama dengan pelbagai pihak ketiga untuk memastikan ekosistem peranti luar berfungsi dengan baik bersama peranti Samsung Galaxy. Di samping itu, One UI 4 juga akan memberikan antaramuka yang serupa walau digunakan di mana jua tidak kira telefon, tablet mahupun jam.

Bacaan Berkaitan

  • 5 ciri-ciri baharu yang akan tiba di Android 12
  • Samsung janji kemaskini keselamatan peranti terpilih sekurang-kurangnya 4 tahun
  • Samsung jamin beri naik taraf Android sebanyak 3 generasi
Tags: android 12one uiOne UI 4samsung
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Galaxy S21 Ultra: Harapan Samsung untuk leburkan badi lagxynos

Samsung umum One UI 4 berasaskan Android 12 untuk peranti ini

24 November 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER