• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelajar Malaysia juara dunia pertandingan Adobe, tewaskan 65 ribu peserta

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:02 pm
  • 26/11/2021
  • Komen
Pelajar Malaysia juara dunia pertandingan Adobe, tewaskan 65 ribu peserta
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pelajar Malaysia dari Universiti Tunku Abdul Rahman bernama Danny Tse Wei Chun dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Adobe Certified Associates (ACA) World Championship 2021. Dia berjaya menewaskan 65,000 peserta dari seluruh dunia. Seorang lagi wakil Malaysia, Teo Sze Ting mendapat tempat kelima.

Kebolehan Tse menyampaikan mesej secara kreatif untuk pelanggan Limbitless Solutions, melalui ilustrasi digital telah membuatkan dia menjadi juara. Tse membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai USD 7,000, trofi, pingat pencapaian dan sijil pemenang.



Dalam pertandingan tahun ini, tempat kedua disandang oleh SouGustavoza dari Brazil, ketiga Gina Anjarizky Amalia dari Indonesia dan keempat Anh Duong Viet dari Vietnam.

Pada peringkat akhir, seramai 51 peserta yang disenarai pendek dikehendaki menghasilkan tiga reka bentuk aset pemasaran dalam masa enam jam. Setiap peserta perlu memaparkan kemahiran digital dan profesional mereka dalam menggunakan Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign untuk menghasilkan reka bentuk.



Mereka dinilai berdasarkan beberapa kriteria, antaranya ialah daya tarikan visual, keupayaan untuk memenuhi keperluan pelanggan, estetika jenama dan penggunaan profesional perisian Adobe Creative Cloud sepanjang pertandingan. Kedua-dua rekaan Tse dan Teo telah disenarai pendek sebelum pemenang diumum secara rasmi.

Para pemenang Adobe Certified World Championship 2021 diumumkan oleh Certiport, penyedia peperiksaan pensijilan IT terkemuka yang mempercepatkan peluang akademik dan kerjaya untuk pelajar.

Kejayaan Tse dan Teo ini sememangnya telah membanggakan Malaysia. Mereka juga mendapat pujian daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berharap kejayaan ini akan memberi motivasi dan inspirasi kepada lebih ramai pelajar dari semua sektor untuk mempamerkan bakat mereka kepada dunia.

Adobe Certified Associates World Championship ialah pertandingan global yang menguji kemahiran reka bentuk yang dihasilkan pelajar menggunakan Adobe Photoshop, InDesign dan Illustrator. Objektif pertandingan ini ialah untuk melengkapkan pelajar dengan pensijilan industri yang diiktiraf di seluruh dunia, sekaligus akan membuka peluang kerjaya mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa pada masa hadapan.

Untuk menyertainya, individu perlu mengambil peperiksaan Adobe Certified Associate sama ada dalam Photoshop, Illustrator atau InDesign. Anda akan secara automatik menyertai kejohanan dunia ACA dan boleh dipilih untuk mewakili negara.

[Sumber: NewStraitsTimes]

Tags: AdobeAdobe Certified Associates World Championship
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Pelajar Malaysia juara dunia pertandingan Adobe, tewaskan 65 ribu peserta

Pelajar Malaysia juara dunia pertandingan Adobe, tewaskan 65 ribu peserta

26 November 2021
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN