• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Cara hidupkan pengesahan sebelum hantar emel di Gmail

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:55 pm
  • 30/11/2021
  • Komen
TIPS: Cara hidupkan pengesahan sebelum hantar emel di Gmail
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda terhantar e-mel yang belum selesai ditulis atau pun e-mel yang banyak salah ejaan kepada penerima? Selain tergesa-gesa, punca perkara ini berlaku adalah sebab individu tidak periksa kali kedua sesebuah e-mel, sebelum tekan send. Masalah jadi lebih besar apabila e-mel tersebut dihantar kepada individu penting.

Bagi elak perkara ini dari berlaku, anda boleh aktifkan ciri sahkan e-mel sebelum hantarnya kepada penerima. Tetapi, ciri ini hanya disediakan di aplikasi Gmail di telefon sahaja. Maka, untuk komputer anda perlulah ingat untuk periksa e-mel sebelum hantar. Berikut merupakan cara untuk aktifkannya:



  1. Buka Gmail sama ada di telefon Android atau pun iOS
  2. Tekan butang menu pada bahagian atas kiri dan tekan settings.
  1. Pilih General settings.
  2. Scroll ke bawah dan pergi ke bahagian Action Confirmations.
  3. Hidupkan pilihan Confirm before sending untuk membolehkan pengesahan pop-up timbul sebelum anda hantar e-mel.

Pastikan aplikasi Gmail anda dikemas kini sepenuhnya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Setelah ciri ini diaktifkan, Gmail akan paparkan satu mesej pop-up tertulis “Send this message?” sebelum anda hantar e-mel. Ada dua pilihan disediakan untuk anda balas mesej pop-up itu, iaitu cancel dan OK.

Tanpa pengesahan ini, anda masih boleh tekan undo jika terhantar e-mel yang belum lengkap. Namun, ciri ini boleh diaktifkan sebagai langkah berjaga-jaga. Sudah tentu ia akan membuatkan anda fikir beberapa kali sebelum hantar sebarang e-mel.



Selain itu, di bawah Action Confirmations juga ada dua lagi ciri lain yang boleh digunakan iaitu pengesahan sebelum padam e-mel dan pengesahan untuk mengarkibkan (archive) e-mel. Tetapi bagi saya, dua ciri itu tidak sepenting pengesahan sebelum hantar e-mel, sebab e-mel yang dipadam atau arkib masih boleh dijumpai pada bahagian tab masig-masing.

[Sumber: Makeuseof]

Tags: EMAILGmail
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Cara hidupkan pengesahan sebelum hantar emel di Gmail

TIPS: Cara hidupkan pengesahan sebelum hantar emel di Gmail

30 November 2021
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN