• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Lupakan Xiaomi, ini telefon midrange yang lebih berbaloi untuk anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:57 pm
  • 31/05/2018
  • Komen
[Reviu] ZenFone Max Pro M1, Mesin Sempurna Untuk Gamers Kasual Seperti Anda
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon daripada Asus sambutannya kurang menggalakkan dek harganya yang agak keterlaluan. Tambahan pula mereka menerima tentangan hebat daripada nama seperti Xioami lebih-lebih lagi dalam segmen pertenga. Tapi semua itu bakal berakhir dengan ZenFone Max Pro M1 kerana ia miliki semua kelengkapan untuk memecahkan tembok monopoli Xiaomi dengan mudah.

Melihat pada spesifikasi mentah telefon ini anda boleh meletakkan ia sebaris dengan Xiaomi Redmi Note 5 dan Redmi 5 Plus.



Perkara yang paling berbeza pada Max Pro ini berbanding semua ZenFon sebelum ini adalah ia menggunakan antara muka Android asli, sama seperti Android One pada Mi A1. Tetapi ZenFone tidak menggelarnya Android One atas beberapa sebab tertentu.

Sudah tentu ini berita yang baik jika anda tidak mempertimbangkan ZenFone dek ZenUI yang terlalu berwarna-warni.



ASUS mensasarkan telefon ini untuk yang gemar ber-gaming pada telefon. Ia dibuktikan dengan penggunaan cip Snapdragon 636 yang memliki GPU mantap, dan digandingkan pula dengan bateri bersaiz mega 5,000mAh.

Paparannya juga besar. Memiliki panel 5.99″ HD Penuh, anda dihidangkan dengan skrin besar dan gaming menggunakan skrin sesentuh menjadi lebih mudah walaupun anda memiki jari besar.

Peminat PUBG Mobile tidak perlu khuatir tentang audio kerana jek audio 3.5mm turut hadir di bahagian dagu telefon. Maka, gunalah headfon mahal untuk mendengar tapak kaki lawan anda.

ASUS ZenFone Max Pro M1 hadir dalam tiga varian. Harga rasminya yang diumumkan bersama GST 0% adalah:

  • 3GB RAM + 32GB storan – RM699
  • 4GB RAM + 64GB storan – RM849
  • 6GB RAM + 64GB storan – RM999

Tetapi anda boleh mendapatkan diskaun jika membelinya semasa jualan kilat di Lazada. Untuk model 3GB/32GB, ia akan dijual pada harga RM599 dalam jualan kilat pada tarikh 1, 5, 12, 19, dan 26 Jun 2018. Pada jualan kilat bulan Julai pula, ia akan berharga RM649. Pastikan betul-betul tarikh jualan kilat tu.

Manakala model 4GB/64GB akan dijual pada harga RM799 untuk tempahan eksklusif pada 2 dan 3 Jun 2018 sahaja. Tiada potongan harga untuk model 6GB/64GB, tetapi ia hanya boleh ditempah awal di Lazada sahaja.

ASUS juga memberikan hadiah percuma untuk semua pembeli telefon pintar ZenFone Max Pro M1, berupa kostum permainan Garena Free Fire bernilai RM80. Memang sesuai sangat permainan ini dimainkan di telefon ZenFone Max Pro M1 kerana daya tahan bateri yang sangat panjang.

Tags: asusasus malaysiaasus zenfone max pro m1ZenFone Max Prozenfone max pro m1ZenFone Max Pro Malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

[Reviu] ZenFone Max Pro M1, Mesin Sempurna Untuk Gamers Kasual Seperti Anda

Lupakan Xiaomi, ini telefon midrange yang lebih berbaloi untuk anda

31 May 2018
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN