• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LAZADASTYLE pusat sehenti fesyen tambah meriahkan Hari Raya

  • OLEH Najib
  • 2:01 pm
  • 31/05/2018
  • Komen
LAZADASTYLE pusat sehenti fesyen tambah meriahkan Hari Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Raya dah nak tiba maka masanya untuk membeli belah pakaian baru. Menurut Lazada, sebelum Hari Raya adalah waktu jualan di platform mereka meningkat mendadak, terutama sekali di bahagian pakaian.

Kerana itu Lazada kini memperkenalkan destinasi sehenti yang dipanggil LAZADASTYLE, mensasarkan kepada mereka yang gemarkan fesyen. Pelancaran ini diadakan selari dengan kempen tahunan hari raya oleh Lazada, dikenali sebagai Riang Ria Raya yang akan berjalan dari 1 hingga 4 Jun 2018.



Apabila berkata tentang fesyen, ia tidak terhad kepada pakaian sahaja. Ia turut merangkumi barangan seperti kasut, jam tangan, beg, aksesori dan macam-macam lagi. LAZADASTYLE diperkenal dengan tiga inisiatif utama iaitu:

1. Program TV Realiti Fesyen LazAdaStyle



Sebuah program realiti TV berkaitan fesyen dengan kerjasama Media Prima. ia disiarkan setiap Ahad,jam 3 petang di TV3. Rancangan ini menampilkan lapan pereka fesyen yang akan mencipta gaya fesyen tersendiri mengikut tema. Bahan-bahan fesyen pula akan dibeli di Lazada. Pemenang boleh memenangi hadiah sehingga RM100,000 manakala penonton berpeluang mendapatkan baucar dan promosi sepanjang siaran. Jika penonton berminat dengan fesyen yang ditampilkan semasa program, mereka boleh mendapatkannya di Lazada.

 

2. Saluran beli-belah LAZADASTYLE

Saluran LAZADASTYLE memaparkan gaya tersendiri, rekaan tempatan serta cara interaktif untuk membantu pengguna mencari kombinasi produk yang paling sesuai. Ia adalah cara beli-belah baharu buat penggemar fesyen. Layari di laman web LAZADASTYLE atau di aplikasi mudah alih Lazada.

 

3. Kedai Pop-up LAZADASTYLE

Lazada akan membuka beberapa kedai Pop-up LAZADASTYLE di Lembah Klang sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri. Di sini, pengunjung boleh melihat dan mencuba sendiri produk fesyen yang dipamerkan, seterusnya membuat pembelian dengan pantas di aplikasi Lazada menggunakan kod QR yang terdapat di produk. Ia adalah satu bentuk pembelian dari luar talian ke dalam talian yang popular digunakan Alibaba di China. Di masa akan datang, Lazada mahu penjual luar talian untuk menerapkan fungsi kod QR yang membolehkan pembelian dibuat dalam talian terus di Lazada.

Jangan lupa untuk menziarahi Lazada dari 1 hingga 4 Jun nanti untuk menikmati pelbagai promosi sepanjang kempen Riang Ria Raya, seperti diskaun sehingga 90%, lebih 600 baucer untuk dimenanti, tawaran istimewa serta tawaran gabungan dari pelbagai jenama dan juga peluang memenangi pelbagai baucer Lazada menerusi permainan Shake-Shake Duit Raya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Riang Ria Raya Lazada Malaysia, sila layari www.lazada.com.my/riang-ria-raya

Tags: Lazada. Hari RayaLAZADASTYLERiang Ria Raya
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
LAZADASTYLE pusat sehenti fesyen tambah meriahkan Hari Raya

LAZADASTYLE pusat sehenti fesyen tambah meriahkan Hari Raya

31 May 2018
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER