Raya dah nak tiba maka masanya untuk membeli belah pakaian baru. Menurut Lazada, sebelum Hari Raya adalah waktu jualan di platform mereka meningkat mendadak, terutama sekali di bahagian pakaian.
Kerana itu Lazada kini memperkenalkan destinasi sehenti yang dipanggil LAZADASTYLE, mensasarkan kepada mereka yang gemarkan fesyen. Pelancaran ini diadakan selari dengan kempen tahunan hari raya oleh Lazada, dikenali sebagai Riang Ria Raya yang akan berjalan dari 1 hingga 4 Jun 2018.
Apabila berkata tentang fesyen, ia tidak terhad kepada pakaian sahaja. Ia turut merangkumi barangan seperti kasut, jam tangan, beg, aksesori dan macam-macam lagi. LAZADASTYLE diperkenal dengan tiga inisiatif utama iaitu:
1. Program TV Realiti Fesyen LazAdaStyle
Sebuah program realiti TV berkaitan fesyen dengan kerjasama Media Prima. ia disiarkan setiap Ahad,jam 3 petang di TV3. Rancangan ini menampilkan lapan pereka fesyen yang akan mencipta gaya fesyen tersendiri mengikut tema. Bahan-bahan fesyen pula akan dibeli di Lazada. Pemenang boleh memenangi hadiah sehingga RM100,000 manakala penonton berpeluang mendapatkan baucar dan promosi sepanjang siaran. Jika penonton berminat dengan fesyen yang ditampilkan semasa program, mereka boleh mendapatkannya di Lazada.
2. Saluran beli-belah LAZADASTYLE
Saluran LAZADASTYLE memaparkan gaya tersendiri, rekaan tempatan serta cara interaktif untuk membantu pengguna mencari kombinasi produk yang paling sesuai. Ia adalah cara beli-belah baharu buat penggemar fesyen. Layari di laman web LAZADASTYLE atau di aplikasi mudah alih Lazada.
3. Kedai Pop-up LAZADASTYLE
Lazada akan membuka beberapa kedai Pop-up LAZADASTYLE di Lembah Klang sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri. Di sini, pengunjung boleh melihat dan mencuba sendiri produk fesyen yang dipamerkan, seterusnya membuat pembelian dengan pantas di aplikasi Lazada menggunakan kod QR yang terdapat di produk. Ia adalah satu bentuk pembelian dari luar talian ke dalam talian yang popular digunakan Alibaba di China. Di masa akan datang, Lazada mahu penjual luar talian untuk menerapkan fungsi kod QR yang membolehkan pembelian dibuat dalam talian terus di Lazada.
Jangan lupa untuk menziarahi Lazada dari 1 hingga 4 Jun nanti untuk menikmati pelbagai promosi sepanjang kempen Riang Ria Raya, seperti diskaun sehingga 90%, lebih 600 baucer untuk dimenanti, tawaran istimewa serta tawaran gabungan dari pelbagai jenama dan juga peluang memenangi pelbagai baucer Lazada menerusi permainan Shake-Shake Duit Raya.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Riang Ria Raya Lazada Malaysia, sila layari www.lazada.com.my/riang-ria-raya