• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS ZenFone 5 lebih premium dari Max Pro M1

  • OLEH Najib
  • 4:49 pm
  • 31/05/2018
  • Komen
ASUS ZenFone 5 lebih premium dari Max Pro M1
Share on FacebookShare on Twitter

Turut sama dilancarkan di samping telefon pintar ZenFone Max Pro M1 hari ini adalah telefon pintar ZenFone 5. Sedikit sebanyak, ia memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan ZenFone Max Pro M1, tetapi tampil dengan rupa dan fungsi lebih premium.

Buat masa ini, hanya satu model ZenFone 5 yang dijual di Malaysia. Ia memiliki cip pemproses Snapdragon 636, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Harganya diumumkan dengan GST 0%, iaitu RM1,299 dan tempahan awal hanya terdapat di Lazada pada 4 Jun 2018.



Dari ciri-ciri diatas, dapat dilihat persamaan ZenFone 5 dan ZenFone Max Pro M1 tetapi dengan harga jauh lebih murah, iaitu RM849 sahaja. Jadi apa kelebihan ZenFone 5? Ada banyak.

Binaan badan ZenFone 5 dapat dirasakan lebih baik dari ZenFOne Max Pro M1. Malah, skrinnya juga lebih lebar, berukuran 6.2-inci dengan resolusi FHD+ 2246×1080. Skrin terlebih tinggi ini memiliki takuk di atas, menjadikan rupanya seperti iPhone X.



Kamera belakang ZenFone juga lebih hebat, gabungan dwi-lensa 12MP F1.8 yang disusun menegak, dengan kuasa penstabil imej optikal 4-paksi, serta lensa lebar 120-darjah. Kamera hadapan pula 8MP F2.0.

Cuma, bateri di dalam ZenFone 5 lebih kecil, kapasitinya hanya 3,300mAh dan dicas melalui sambungan USB-C. ZenFone 5 menjalankan Android 8.0 Oreo bersama antaramuka ZenUI 5, bukan Android Tulen seperti ZenFone Max Pro M1.

Jika anda mahukan telefon pintar yang lebih berkuasa dengan lebih banyak fungsi, sememangnya ZenFone 5 adalah pilihan yang lebih baik dari ZenFone Max Pro M1. Cuma beza harganya agak jauh, sebanyak RM400.

ZenFone 5z dengan kuasa Snapdragon 845 tidak pula disebut semasa pelancaran ini. Tetapi kami dimaklumkan ia akan tiba di Malaysia sekitar suku ketiga tahun ini, seawal bulan Julai. Jika sanggup, boleh lah tunggu ketibaan ZenFone 5z yang lebih berkuasa.

Tags: asusasus malaysiaasus zenfone 5zenfone 5ZenFone 5 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
ASUS ZenFone 5 lebih premium dari Max Pro M1

ASUS ZenFone 5 lebih premium dari Max Pro M1

31 May 2018
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER