• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom akan ganti router jalur lebar percuma yang rosak kerana banjir

  • OLEH Najib
  • 5:37 pm
  • 28/12/2021
  • Komen
Celcom akan ganti router jalur lebar percuma yang rosak kerana banjir
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom mahu meringankan beban mangsa banjir di Malaysia dengan menawarkan penggantian peralatan jalur lebar secara percuma. Dalam pengumuman tersebut, Celcom menyatakan program penggantian percuma ini meliputi perkhidmatan jalur lebar Fiber dan jalur lebar wayarles.

Menurut Celcom, tiada lanjutan kontrak akan dikenakan dan tawaran ini turut meliputi pelanggan dengan peralatan yang telah tamat tempoh jaminan. Penggantian percuma ini disediakan bermula dari hari ini, 28 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022.



Dear Celcom family,

If you are affected by the recent floods, we are here to assist you in staying connected to your family & friends. Receive a replacement for your damaged AX router and Home Wireless Modem for FREE. We are all in this together. Stay safe & Stay Connected 💙 pic.twitter.com/mbKq6Q4Vo8

— Celcom (@Celcom) December 28, 2021

Jika anda adalah pelanggan Celcom yang ditimpa musibah banjir, anda boleh menghubungi Celcom di talian 1111 atau +60196011111 untuk mendapatkan penggantian percuma. Pegawai khidmat pelanggan Celcom akan membantu anda dalam urusan penggantian peralatan yang rosak akibat banjir tanpa sebarang caj.

Bencana banjir yang melanda Malaysia melibatkan beberapa negeri, turut mengakibatkan kerosakan perkhidmatan telekomunikasi. Beberapa pencawang dan rangkaian telah musnah dan sedang dipulihkan secara berperingkat. Dalam kemaskini semalam, Celcom telah memulihkan sepenuhnya rangkaian mereka di Ijok, Shah Alam, Port Klang, Banting, Jerantut, Mentakab dan Bera.



Selain Celcom, Telekom Malaysia turut menawarkan penggantian peralatan percuma untuk pelanggan Unifi Fibre dan Unifi Air yang terkesan kerana banjir. Unifi juga menawarkan pengecualian langganan selama 2-minggu serta lanjutan tempoh kredit kepada pelanggan yang dilanda bencana banjir.

[Sumber: Celcom]

Bacaan Berkaitan

  • TM akan ganti peralatan Unifi yang rosak akibat banjir secara percuma
  • Tiada lanjutan kontrak dikenakan untuk penggantian Unifi yang terlibat banjir
Tags: banjircelcom
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Celcom akan ganti router jalur lebar percuma yang rosak kerana banjir

Celcom akan ganti router jalur lebar percuma yang rosak kerana banjir

28 December 2021
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER