• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[KEMASKINI] Unifi TV tergendala di seluruh negara akibat kebakaran di Cyberjaya

  • OLEH Najib
  • 12:31 pm
  • 04/01/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 5/1/2022 6.10PM: Tiada rebat akibat gangguan, Unifi beri saluran tv percuma selama sebulan

KEMASKINI 5/1/2022 9.00AM: TM memaklumkan bahawa perkhidmatan Unifi TV mula dipulihkan secara berperingkat. Pengguna diminta menghidupkan semula peranti media unifi TV untuk kembali menonton.



#unifiAlerts

4 January 2022, 9.30pm

Update on unifi TV service disruption nationwide:

We are happy to inform that unifi TV service is being restored progressively.

You may restart your unifi TV media box to start watching. pic.twitter.com/WGfHhMaVZA

— Yunni (@unifi) January 4, 2022

Telekom Malaysia telah mengeluarkan notis berkenaan gangguan perkhidmatan Unifi TV di seluruh negara. Ia terjadi akibat kebakaran sistem jana kuasa yang memberi kesan kepada perkasasan “Bekalan Kuasa Tidak Terganggu” (Uninterruptible Power Supply, UPS) yang berada di Kompleks TM IT, di Cyberjaya.

Kebarakan ini telah dikawal dan dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan daripada insiden ini. Setakat ini, punca kebakaran masih lagi belum diketahui dan TM memaklumkan bahawa mereka akan memberi bekerjasama sepenuhnya di dalam sebarang siasatan sepertimana yang diperlukan oleh pihak berkuasa.



Other TM and unifi services are not affected.

TMpoint outlet in Cyberjaya is also affected and will be closed temporarily due to this incident. Customers can proceed to our nearest TMpoint in Kajang for assistance.

— Yunni (@unifi) January 4, 2022

Insiden ini telah menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan Unifi TV yang melibatkan hampir 300,000 pelanggan. Bagaimanapun, lain-lain perkhidmatan TM dan Unifi tidak terjejas.

Kerja baik pulih sedang giat dijalankan oleh pasukan kontraktor dan jurutera TM bagi memastikan perkhidmatan Unifi TV pulih semula. Sambungan tenaga kuasa dijangka siap sepenuhnya pada jam 12 tengahari ini, manakala perkhidmatan Unifi TV dijangka kembali pulih semula pada jam 3 petang nanti.

Sehubungan insiden ini, TM turut menyatakan bahawa mereka akan menutup TMpoint Cyberjaya buat sementara waktu disebabkan bekalan kuasa yang rendah. Pengguna berhampiran, dinasihatkan mengunjungi TMpoint di Kajang untuk mendapatkan bantuan.

Orang ramai dan pelanggan Unifi boleh mendapatkan maklumat terkini status perkhidmatan TM di saluran media sosial TM, atau layari laman web Unifi Alerts untuk kemas kini lanjut.

Tags: GangguanGangguan UnifiTMUnifiunifi TV
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

[KEMASKINI] Unifi TV tergendala di seluruh negara akibat kebakaran di Cyberjaya

4 January 2022
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER