• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple iPad

Aplikasi Audio Trimmer dicipta, bantu pengguna sunting audio di iPhone & iPad

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:23 am
  • 07/01/2022
  • Komen
Aplikasi Audio Trimmer dicipta, bantu pengguna sunting audio di iPhone & iPad
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk lakukan suntingan memotong video di peranti iOS, ciri edit ada disediakan pada video dalam Photos untuk digunakan. Melaluinya juga, anda boleh lakukan suntingan asas yang lain seperti terangkan visual dan putarkan imej pada kedudukan lain.

Namun, tiada pula aplikasi atau ciri untuk memotong audio disediakan. Oleh itu, pembangun aplikasi Mzaouar telah mencipta aplikasi Audio Trimmer yang boleh bantu pengguna memotong sebarang fail audio dalam peranti iPhone dan iPad.



Walaupun ia hanya menyediakan fungsi asas suntingan audio, tetapi iPhone tidak mempunyai ciri ini kecuali untuk aplikasi Voice Memo yang hanya membenarkan anda memotong audio yang dirakam menggunakan aplikasi itu sahaja.

Dengan Audio Trimmer, anda boleh sunting fail audio yang ditempatkan di iCloud Drive, iPhone atau perkhidmatan awan lain. Berdasarkan pengalaman saya menggunakan aplikasi ini, kerja memotong audio sangat mudah dilakukan. Saya hanya perlu pilih bahagian mana yang saya mahukan, kemudian tekan butang Trim di bawah kanan. Boleh juga zoom audio itu untuk memotongnya dengan lebih tepat.



Namun, ini sahajalah ciri suntingan yang disediakan oleh aplikasi ini. Ia tidak boleh menggabungkan audio atau menguatkan lagi audio itu. Tapi, ia masih berguna untuk memotong audio yang panjang. Contohnya, saya gunakan aplikasi ini untuk memotong bahagian korus muzik.

Anda boleh gunakan aplikasi ini secara percuma selamanya jika anda muat turunnya di App Store sekarang. Kerana, menurut pembangunnya, anda akan dikenakan bayaran jika anda muat turun aplikasi ini dalam beberapa minggu lagi.

[Sumber: 9TO5Mac]

Tags: Audio TrimmeriOSipadiphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Aplikasi Audio Trimmer dicipta, bantu pengguna sunting audio di iPhone & iPad

Aplikasi Audio Trimmer dicipta, bantu pengguna sunting audio di iPhone & iPad

7 January 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER