Spekulasi tentang pengganti siri iPhone 13 semakin kencang bertiup. Beberapa leaker terkenal sudahpun mula berkongsikan dapatan masing-masing tenteng siri iPhone 14 Pro. Misalnya, DylanDKT di Twitter memberikan gambaran yang iPhone 14 Pro akan tampil dengan paparan berlubang.
I am able to corroborate information regarding a hole punch camera for the pro models of the iPhone 14. Face ID hardware will be placed under the display. As a reassurance to any concerns, the functionality of these sensors have not been negatively affected by this change.
— Dylan (@dylandkt) January 6, 2022
Paparan berlubang bermaksud kamera depan, Face ID beserta beberapa sensor lain akan dikelilingi paparan berbanding solusi notch yang digunakan sekarang. Apple adalah pelopor kepada paparan bertakuk yang diguna pakai mereka untuk iPhone X dalam tahun 2017 dan untuk iPhone 13, mereka mengecilkan notch kepada bentuk lebih kompak.
The next generation iPhone SE will feature a touch ID sensor that will be embedded into the power button similar to the newest iPad Air. The design of the phone will be similar to the iPhone 11 but with a smaller display size. #iPhoneSE3
— Dylan (@dylandkt) January 10, 2021
Selain tentang iPhone 14, ada juga maklumat tentang iPhone SE generasi baharu dikongsikan. Ia katanya dilancarkan dengan 5G tapi berkemungkinan besar akan menggunakan rekaan sedia ada. iPhone SE dengan rekaan seakan iPhone XR/11 pula akan tiba dalam tahun 2024.
Walau apapun, ini cumalah sekadar spekulasi berdasarkan maklumat-maklumat sedia ada. Masih lama lagi sebelum siri iPhone 14 dilancarkan. Berdasarkan siri-siri terdahulu, anda boleh jangkakan keluarga iPhone 14 diperkenalkan Apple dalam suku 4 2022, seawal September 2022.
Bacaan berkaitan
Gambar wanita tepi jeti milik remaja Malaysia dapat perhatian Apple – SoyaCincau.com
AirPods Pro 2 dikhabarkan sokong Lossless audio, tapi ini masalahnya – SoyaCincau.com