• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Ciri ini benarkan pengguna Instagram ubah susunan gambar dalam galeri

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:29 pm
  • 13/01/2022
  • Komen
Ciri ini benarkan pengguna Instagram ubah susunan gambar dalam galeri
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram nampaknya sedang menguji satu ciri baru yang membolehkan pengguna mengubah semula susunan gambar pada galeri, mengikut kedudukan yang di mahukan. Ciri ini dinamakan Edit Grid. Perkara ini di dedahkan oleh penyelidik aplikasi, Alessandro Paluzzi melalui Twitternya.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, dapat dilihat ciri Edit Grid diletakkan di bawah sekali pada bahagian Profile information. Melaluinya, pengguna boleh susun semula galeri di profil tanpa mengira tarikh setiap gambar disiarkan.



Cara untuk menyusunnya nampak mudah. Pengguna hanya perlu pilih, tarik dan lepaskan gambar yang dimahukan untuk letaknya di tempat lain. Ada juga butang undo disediakan, mungkin ia berfungsi untuk susun semula gambar pada kedudukan asal sebelum pengguna mengubahnya.

Dengan ciri ini, pengguna boleh pilih gambar mana yang sesuai dipaparkan pada bahagian atas dan bawah. Contohnya, gambar yang disunting dengan baik ditempatkan di atas, manakala gambar yang diambil secara candid diletakkan pada bahagian bawah. Tetapi, saya lebih suka gambar disusun mengikut tarikh sebab ia lebih teratur. Buat masa ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada Instagram mengenai ciri ini. Maka, tidak diketahui lagi bila ia akan dilancarkan.



[Sumber: Phonearena]

Bacaan berkaitan

  • Pengguna Instagram boleh tetapkan kandungan di halaman utama, ada 3 pilihan disediakan
  • Ibu bapa boleh kawal masa penggunaan Instagram anak bermula tahun depan
  • Mahu tapis akaun bot, Instagram minta pengguna swafoto video sebelum log masuk akaun
Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Ciri ini benarkan pengguna Instagram ubah susunan gambar dalam galeri

Ciri ini benarkan pengguna Instagram ubah susunan gambar dalam galeri

13 January 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER