• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Realme Pad sah akan terima kemaskini Android 12 tahun ini

  • OLEH Najib
  • 10:35 am
  • 27/01/2022
  • Komen
[REVIU] Realme Pad, harga murah & fungsi baik, tapi kurang lengkap produktiviti
Share on FacebookShare on Twitter

Awal tahun ini, diberitakan bahawa tablet Realme Pad yang baru dilancar tahun lepas bersama Android 11, tidak akan menerima kemaskini Android 12. Ia dinyatakan dalam satu maklum balas rasmi Realme di dalam forum komuniti mereka.

Tetapi kini, Realme mengumumkan perkara sebaliknya apabila menyatakan bahawa Realme Pad, akan diberikan kemaskini Andrdoi 12. Ia dimaklumkan menerusi forum komuniti yang sama.



We hear you #realmeFans!
Delighted to share with you all that our #realmePad will receive the Android 12 update in Q3, this year.https://t.co/co2YhQnkUP

— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) January 26, 2022

Terang Realme, tablet pertama mereka ini akan menerima kemaskini Android 12 pada suku ketiga 2022. Tidak pula diterangkan perkara lain, seperti jaminan dua kali naik OS, atau apa yang akan ditawarkan dalam Android 12 untuk Realme Pad kelak.

Dalam balasan kepada GSMarena, Realme menerangkan bahawa Android 12 pada Realme Pad nanti akan membawa kunci skrin dan antaramuka yang lebih canggih, tangkap layar bergerak, mod sebelah tangan lebih baik dan widget dinaik taraf. Selain itu, Realme Pad juga dijanjikan kemaskini keselamatan selama tiga tahun.



Realme Pad adalah tablet kelas pertengahan, dikuasakan cip Mediatek Helio G80, RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Skrinnya LCD berukuran 10.4-inci, dengan resolusi WUXGA+ (2000×1200).

Bateri sebesar 7,100mAh dipasang di dalam, dengan pengecasan pantas 18W USB-C. Sistem bunyi padanya dihasilkan menerusi empat speaker stereo, menyokong Hi-Res Audio dan Dolby Atmos. Kamera belakangnya hanya satu dengan sensor 8MP, sama juga dengan kamera hadapan 8MP.

Realme Pad dijual di Malaysia dari RM899 untuk versi Wifi, dan serendah RM949 bagi versi LTE. Anda boleh kenali tablet Realme Pad lebih lanjut menerusi video kami di bawah ini. Ia disyorkan oleh Najib bagi kategori tablet di bawah RM1,000.

[Sumber: Realme]

Bacaan Berkaitan

  • Realme Pad tawar pilihan WiFi dan LTE dari serendah RM799
  • [REVIU] Realme Pad, harga murah & fungsi baik, tapi kurang lengkap produktiviti
  • Baru sahaja dilancar, Realme Pad dikhabar tidak akan terima Android 12
Tags: android 12RealmeRealme Pad
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
[REVIU] Realme Pad, harga murah & fungsi baik, tapi kurang lengkap produktiviti

Realme Pad sah akan terima kemaskini Android 12 tahun ini

27 January 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER