• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar rasmi Galaxy A53 tersebar, ada sedikit berbeza dengan Galaxy A52

  • OLEH Najib
  • 12:36 pm
  • 04/02/2022
  • Komen
Gambar rasmi Galaxy A53 tersebar, ada sedikit berbeza dengan Galaxy A52
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Galaxy A52 telah dilancarkan pada bulan Mac tahun lepas, menjadi telefon pilihan ramai di bawah RM2,000 kerana fungsi yang tiada pada peranti lain di kelasnya iaitu kalis air dan debu. Kini hampir setahun, penggantinya telah mula diperkatakan. Malah, sudah muncul gambar rasminya.

Gambar ini didedahkan oleh WinFuture.de, portal yang telah membocorkan banyak berita dengan tepat sebelum ini. Lebih menarik, gambar ini dikatakan gambar rasmi yang akan digunakan sebagai bahan pengiklanan kelak. Jadi, ia bukannya gambaran andaian yang dihasilkan semula.



Secara ringkas, rekaan Galaxy A53 tidak ada bezanya dengan Galaxy A52, termasuk pada modul kamera belakangnya. Apa yang berbeza sedikit, modul kamera ini ada bucu yang lebih halus dan tidak setajam di Galaxy A52.

Galaxy A53 dilihat mengekalkan gandingan empat kamera belakang, bersama satu kamera hadapan di dalam lubang di dahi skrin. Dikatakan kamera utamanya 64MP, bersama kamera ultra lebar 12MP, kamera potret 5MP dan kamera makro 5MP. Kamera hadapannya 32MP. Memang tiada beza dengan Galaxy A52.



Skrinnya masih Super AMOLED, berukuran 6.5-inci HD Penuh tetapi dengan kadar penyegaran 120Hz. Bateri pula 5,000mAh, dikatakan masih dengan kuasa pengecas 25W. Kuasa pemprosesnya digantikan kepada cip Exynos 1200, dikhabarkan cip kelas pertengahan dengan 8-teras berkelajuan sehingga 2.4GHz. Cip ini mungkin diperkenal pertama kali bersama Galaxy A53 kelak.

Seperkara lagi, tidak kelihatan seperti ada jek audio pada Galaxy A53. Mungkin ini satu lagi pembaharuan. Pengimbas capjari pula nampak jelas ada di skrin, kekal sama seperti dahulu. Setakat ini, baru dua warna yang dikongsikan iaitu putih dan hitam. Pasti tawaran warna ini lebih banyak apabila dilancarkan.

Untuk rujukan, tahun lepas Samsung Malaysia melancarkan Galaxy A53 tanpa 5G pada harga RM1,499 dan Galaxy A52 5G berharga RM1,899. Kedua-dua peranti disertakan storan dalaman 256GB. Mungkin untuk Galaxy A53 nanti, Samsung akan menambah satu lagi kejutan besar. Harapnya pengecasan wayarles. Kita nantikan pengumuman rasmi Samsung, dijangka sekitar bulan Mac nanti.

[Sumber: Sammobile]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy A72 & A52: Duo midrange berbaloi telah kembali
  • Samsung umum harga rasmi Galaxy A72, A52, A32 5G dan A32 di Malaysia
  • Samsung Galaxy A52 5G diumum tiba di Malaysia
Tags: Galaxy A53samsungSamsung Galaxy A53
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Gambar rasmi Galaxy A53 tersebar, ada sedikit berbeza dengan Galaxy A52

Gambar rasmi Galaxy A53 tersebar, ada sedikit berbeza dengan Galaxy A52

4 February 2022
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

3 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER