• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon dengan kamera selfie 44MP, Vivo V23e 5G kini hadir dalam warna baharu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:07 pm
  • 09/02/2022
  • Komen
Telefon dengan kamera selfie 44MP, Vivo V23e 5G kini hadir dalam warna baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah mengumumkan varian warna baharu untuk telefon flagship selfie mereka Vivo V23e 5G. Peminat jenama ini boleh dapatkan V23e dalam warna Mirage Gold. Sebelum ini, ia ditawarkan dalam dua warna iaitu Moonlight Shadow dan Sunshine Coast.

Harganya masih dikekalkan pada RM1,599 untuk telefon dengan RAM 8GB beserta storan 128GB. Anda boleh dapatkan Vivo V23e 5G melalui saluran dalam talian Vivo, Lazada, ataupun Shopee.



Berselari dengan penjualan telefon ini, pembeli turut akan terima kotak hadiah L’Oréal Paris Valentine Day.

Spesifikasi Vivo V23e 5G

This image has an empty alt attribute; its file name is 211210-Vivo-V23e-5G-Mira-Filzah-01-1024x769.jpg

Model ini diperkasa oleh cip Mediatek Dimensity 810, RAM 8GB dan storan 128GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan, di dalam slot hibrid. Ia memiliki bateri 4,050mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W.



Skrin juga serupa, jenis AMOLED berukuran 6.44-inci dengan resolusi HD Penuh dan bertakuk kecil di atas. Pengimbas capjari terletak di dalam skrin. Dari luar, tidak ada beza rupa antara model 4G dan 5G ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is 211210-Vivo-V23e-5G-05-1024x1024.jpg

Untuk kamera hadapan, ia menggunakan kamera 44MP F2.0 dengan autofokus. Di belakang pula, ia menggandingkan kamera utama 50MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4.

Kamera dimodel 5G ini memiliki semua fungsi yang terdapat di model 4G, seperti teknologi Eye Focus, dwi-kamera bokeh, mod pendedahan berganda, mod malam ekstrem dan mod penstabil ultra.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo V21 5G dilancar dengan kerjasama empat jenama fesyen tempatan
  • Vivo V21 & V21e: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Vivo Y76 5G ada hadiah Mobile Legends dan pewangi eksklusif
Tags: vivoVivo V23evivo v23e 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Telefon dengan kamera selfie 44MP, Vivo V23e 5G kini hadir dalam warna baharu

Telefon dengan kamera selfie 44MP, Vivo V23e 5G kini hadir dalam warna baharu

9 February 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER