Vivo V21 5G dilancar dengan kerjasama empat jenama fesyen tempatan

Selepas melancarkan versi 4G, Vivo Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar Vivo V21 5G. Ia memiliki persamaan di semua aspek dengan versi 4G termasuk jenis cip SoC, tetapi dengan tambahan modem 5G terbina di dalam serta storan digandakan kepada 256GB.

Menurut Vivo, telefon pintar 5G ini dilancarkan sebagai Edisi Eksklusif dengan dua pilihan warna, Sunset Dazzle dan Dusk Blue. Ia mula dijual di Malaysia hari ini, 27 Mei 2021 pada harga RM1,899. Ini RM300 lebih mahal daripada versi 4G.

Promosi pembeli terawal

Vivo turut mengadakan jualan promosi untuk pembeli terawal, menyediakan hadiah percuma bernilai sehingga RM658, bergantung kepada platform ia dibeli. Semua pembelian antara 27 Mei sehingga 13 Jun 2021, akan turut menerima perlindungan tambahan bernilai RM399 iaitu jaminan tambahan tahun kedua dan perlindungan keretakan skrin selama 1 tahun.

Hadiah percuma di E-kedai Rasmi Vivo Malaysia

Bagi pembelian Vivo V21 5G di E-kedai Rasmi Vivo Malaysia dalam tempoh promosi, akan menerima hadiah percuma berupa Penutup Mata Ogawa, Kad Hadiah Spotify bernilai RM50 dan powerbank Remax. Hadiah ini diberikan selagi stok masih ada.

Hadiah percuma di Lazada

Untuk pembelian di Stor Rasmi Vivo di Lazada dan Shopee pula, akan menerima hadiah percuma iaitu Penutup Mata Ogawa, Kad Hadiah Spotify bernilai RM50 dan rebat RM100 ke dalam Lazada Wallet atau Shopee Pay.

Hadiah percuma di Shopee

Manakala pembeli di kedai konsep Vivo, akan menerima kotak hadiah premium Vivo V21 5G yang berisi pelembab udara dan pemegang berus gigi bersteril UV.

Hadiah percuma di Kedai Konsep Vivo

Vivo V21 5G juga boleh didapati dari syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi dan Maxis, yang turut menyediakan hadiah percuma perlindungan tambahan bernilai RM399, untuk pembelian antara 27 Mei sehingga 26 Jun 2021.

Barangan Fesyen Vivo V21

Di samping itu, Vivo turut mengumumkan kerjasama mereka dengan empat jenama fesyen tempatan, untuk menghasilkan barangan jenama edisi terhad yang diilhamkan daripada siri Vivo V21.

Koleksi siri terhad yang menyerlah dan cukup bergaya ini merangkumi Boxy T-shirt istimewa daripada label fesyen jalanan Malaysia, Neonate; beg silang eksklusif vivo daripada Eversince; baju bersaiz besar dengan perincian kun alur memanjang daripada Kit Woo; dan bucket hat dengan corak lorekan berus bebas dalam tona biru daripada Cassey Gan.

Spesifikasi

Vivo V21 5G dikuasakan cip Mediatek Dimensity 800U bersama modem 5G terbina di dalam. Ia datang bersama RAM 8GB dan teknologi RAM tambahan 3GB, serta storan dalaman 256GB. Skrinnya dari jenis AMOLED 90Hz berukuran 6.44-inci HD penuh.

Bateri sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Kamera hadapan 44MP memiliki penstabil imej optikal (OIS) dan auto fokus. Ia juga diapit dengan dua LED Flash untuk gambar swafoto lebih cerah dan terang. Di belakang ia menggabungkan kamera utama 64MP, ultralebar 8MP dan makro 2MP.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Vivo V21 5G.