Bersempena dengan karnival E3 2018, Lenovo hadir membawakan 6 produk terbaru daripada siri Legion. 2 Laptop dan 4 desktop telahpun diberikan sentuhan baru dan lebih zuhud, walaupun didalamnya sarat dengan komponen berkuasa tinggi.
Enam produk yang mereka perkenalkan di E3 adalah:
- Legion Y730 & Y530
- Legion T730 & T530
- Legion C730 & C530
Tak kiralah anda ber-gaming di mana, Legion pastinya ada wakil untuk membolehkan anda bersinar dalam kalangan gamers yang lain.
Legion Y530 & Y730
Kurang daripada setahun pengenalan siri Legion daripada Lenovo yang mengkhususkan pada gamers, barisan laptop Legion sudahpun menerima penambahbaikan saujana.
Yang paling ketara adalah pada bingkai paparan yang nipis. Ia menggunakan panel IPS dengan refresh rate 144Hz dan memiliki resolusi HD Penuh dengan saiz panel 15.6″.
Spesifikasi Y530
- CPU sehingga Intel Core i7 generasi ke-8
- Nvidia GeForce 1050 Ti
- RAM sehigga 32GB
- Storan sehingga 2TB
Kebanyakkan port terletak di bahagian belakang dan antara port yang boleh ditemui adalah:
- USB 3.0
- USB-C
- Mini DisplayPort
- HDMI
- Ethernet
Legion Y730 adalah pilihan yang lebih premium. Bezanya dengan Y530 adalah badannya diperbuat daripada alumunium sepenuhnya berbanding materi plastik yang digunakan pada Y530.
Daripada sudut spesfikasi, ia sama dengan Y530 kecuali kehadiran 5 butang makro yang terletak pada bahagian kiri keyboard laptop Y730.
Anda turut menerima satu port yang menyokong Thunderbolt 3 padanya. Dua varian paparan boleh didapati iaitu 15″ dan 17″.
Legion T530 & T730
Bagi games konvesional, Legion tetap ada penyelesaian. Kedua-dua Legion T530 dan T730 menggunakan casing 28 liter khas dengan pemangang sedia terbina untuk memberi sedikit mobiliti padanya. Kelebihan legion siri T adalah ia tidak memerlukan perlatan ketika ingin naik taraf kerana semuanya boleh dilakukan menggunakan jari.
Spesifikasi yang boleh ditemui pada mereka adalah seperti:
- CPU sehingga Intel Core i7 genrasi ke-8
- GPU sehingga GeForce GTX 1060
- RAM DDR4 sehingga 32GB
- storan sehingga 2TB HDD.
Bezanya T730 berbanding T530 adalah penggunaan penyejuk cecair pada varian yang lebih premium.
https://www.youtube.com/watch?v=Vq52HmIccDQ&feature=youtu.be
Legion C730 & C530
Selain desktop menara, Lenovo turut memperkenalkan dekstop jenis kiub yang pastinya tidak memakan ruang yang luas pada kawasan gaming anda. Ia memiliki tahap mobiliti lebih tinggi dek penggunaan casing yang kompak.
Untuk memudahkan pengendaliannya, casingnya turut memiliki pemegang seperti siri T. SUngguhpun kompak, ia masih dibekalkan dengan komponen pengkomputeran berkuasa tinggi.
Antara spesifikasi yang boleh ditemui pada kedua-dua model adalah seperti:
- CPU Intel Core i3, i5, ataupun i7 generasi ke-8
- GPU sehingga Nvidia GeForce GTX 1060
- RAM sehingga 32GB
Kelebihan C730 berbanding C530 adalah kehadiran memori Intel Optane yang lebih pantas sertia sokongan audio Dolby Atmos.
Harga
Semua keenam-enam produk yang dilancarkan Lenovo itu adlaah seperti berikut:
- Legion Y730 17″ USD 1,250 (RM4,986) (bermula September 2018)
- Legion Y730 15″ USD 1180 (RM4,707) (bermula Jun 2018)
- Legion Y530 USD 930 (RM3,710) (bermula Ogos 2018)
- Legion T730 USD 930 (RM3,710) (bermula Ogos 2018)
- Legion T530 USD 830 (RM3,311) (bermula Ogos 2018)
- Legion C730 USD 930 (RM3,710) (bermula Ogos 2018)
- Legion C530 USD 830 (RM3,311) (bermula Ogos 2018)