• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hadiah tempahan awal habis, Samsung kini ada hadiah baru untuk pembeli Galaxy S22

  • OLEH Najib
  • 3:38 pm
  • 17/02/2022
  • Komen
Hadiah tempahan awal habis, Samsung kini ada hadiah baru untuk pembeli Galaxy S22
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Samsung Galaxy S22 telah dilancarkan minggu lepas dan tempahan awal di Malaysia telah dibuka sejurus selepas itu. Banyak hadiah percuma diberikan untuk pembeli terawal, tetapi Samsung mengumumkan bahawa stok hadiah tersebut telah habis.

Kini Samsung Malaysia mengumumkan tawaran baru untuk tempahan awal siri Galaxy S22. Dari hari ini sehingga 3 Mac 2022, pembeli siri Galaxy S22 akan menerima hadiah percuma berupa jam pintar Galaxy Watch 4 Bluetooth (40mm) bernilai RM899. Di samping itu, pembeli Galaxy S22 Ultra akan menerima hadiah tambahan iaitu LAMY Safari Twin Pen bernilai RM269.



Tawaran terbaru Samsung ini boleh didapati di mana-mana Stor Samsung Experiences, pengedar sah Samsung serta Stor Online Samsung Malaysia.

Di samping itu, Samsung turut memberikan potongan harga untuk pembelian bersama siri Galaxy S22. Diskaun sebanyak 20% diberikan untuk pembelian jam pintar siri Galaxy Watch 4 serta fon telinga Galaxy Buds Pro, Live serta Buds 2. Manakala diskaun 30% boleh diterima jika membeli mana-mana casing rasmi Galaxy S22.



Samsung juga memberi diskaun 30% untuk membeli pelan perlindungan Samsung Care+ bersama siri Galaxy S22. Dari harga asal RM330 (1 tahun) dan RM630 (2 tahun), diskaun 30% menjadikan harganya cuma RM231 (1 tahun) dan RM441 (2 tahun). Samsung Care+ menyediakan perlindungan tambahan seperti kerosakan sengaja atau tidak yang dilindungi jaminan biasa seperti keretakan skrin dan rosak akibat air.

Khas untuk pembaca SoyaCincau pula, dapatkan pengecas Samsung 45W bersama kabel USB-C percuma jika menggunakan kod promosi kami, GS22VIPSC untuk pembelian mana-mana siri Galaxy S22. Tawaran sah selagi stok masih ada.

Terdapat tiga model dilancarkan untuk siri Galaxy S22 yang baru. Galaxy S22 dan Galaxy S22+ berkongsi spesifikasi yang hampir serupa, dengan saiz skrin Dynamic AMOLED 2X HD Penuh berbeza iaitu 6.1-inci di Galaxy S22 dan 6.6-inci di S22+. Galaxy S22 Ultra pula memiliki skrin Dynamic AMOLED 2X QuadHD+ 6.8-inci dan ada S Pen terbina di dalamnya, mengambil alih tempat Galaxy Note.

Untuk mengenali siri Galaxy S22 dengan lebih lanjut, rujuk laporan kami tentang pelancaran Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra.

Tags: samsungSamsung Galaxy S22
Najib

Najib

POPULAR

Hadiah tempahan awal habis, Samsung kini ada hadiah baru untuk pembeli Galaxy S22

Hadiah tempahan awal habis, Samsung kini ada hadiah baru untuk pembeli Galaxy S22

17 February 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN