• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YES bagi 30 telefon percuma selama 30 hari

  • OLEH Najib
  • 12:18 pm
  • 13/06/2018
  • Komen
YES bagi 30 telefon percuma selama 30 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena menyambut Hari Raya, Yes kini mengadakan peraduan yang memberikan hadiah telefon pintar setiap hari selama 30 hari. Peraduan YES “30 Days 30 Phones” berjalan dari 8 Jun hingga 7 Julai 2018.

Pelbagai jenis telefon pintar akan diberikan setiap hari seperti YES Altitude 2 (bernilai RM399), Samsung Galaxy A6 (bernilai RM999), vivo V9 (bernilai RM1,319) sehinggalah Huawei P20 Pro dan Samsung Galaxy S9.



Untuk menyertai peraduan ini, pengguna perlu mengikuti 4 langkah ini:

1. Langgan mana-mana pelan Pascabayar Yes 4G LTE bersama peranti (YES Huddle XS 4G LTE, Zoom 4G LTE atau mana-mana telefon pintar terlibat), atau beli pek SIM Prabayar YES 4G LTE dan tambah nilai sekurang-kurangnya RM10 dalam tempoh peraduan.



2. Setiap pembelian dan langganan pelan YES memberikan pelanggan penyertaan ke peraduan. Pelanggan boleh mendapat sehingga 40 penyertaan. Lebih tinggi jenis pelan, atau tambah nilai prabayar, maka lebih banyak penyertaan akan diterima sekaligus meningkatkan peluang untuk menang.

3. Seterusnya, pelanggan perlu like Facebook Page YES di www.facebook.com/Yes4G.

4. Pemenang yang terpilih setiap hari akan menerima panggilan dari YES dan perlu menjawab 3 soalan mudah. Jika dapat menjawab dengan betul, mereka akan dinobatkan sebagai pemenang harian dan menerima telefon pintar pada hari tersebut.

Bersama peraduan ini, YES turut memperkenalkan promosi Raya bundle baru. Pelanggan hanya perlu mendaftar pelan pascabayar YES 4G LTE 48 Postpaid dan akan menerima telefon pintar baru percuma.

Bagaimanapun, pelanggan perlu mendaftar kontrak untuk mendapatkan telefon pintar percuma ini. Jika mendaftar kontrak selama 12 bulan, pelanggan akan menerima 10GB data sebulan. Manakala kontrak selama 24 bulan pula memberikan pelanggan 15GB data.

Telefon pintar yang boleh dipilih dalam promosi ini adalah Samsung Galaxy J2 Pro (bernilai RM469), Xiaomi Redmi 5 (bernilai RM479), atau edisi terhad YES Altitude 2 (bernilai RM399).

Jika anda mendaftar pelan YES 4G LTE 48 Postpaid ini, anda bukan sahaja menerima telefon pintar percuma, malah berpeluang memenangi satu lagi telefon pintar menerusi peraduan YES “30 Days 30 Phones”.

Maklumat lanjut tentang promosi Raya Bundle dan peraduan YES “30 Days 30 Phones” boleh dirujuk di mana-mana stor YES di seluruh malaysia, atau di laman web www.yes.my/30Days30Phones.

Tags: Hari RayaYESYES4G
Najib

Najib

POPULAR

YES bagi 30 telefon percuma selama 30 hari

YES bagi 30 telefon percuma selama 30 hari

13 June 2018
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN