• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile tawar Internet tanpa had pada harga RM20/bulan tapi FUP-nya “potong stim”

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:24 pm
  • 23/02/2022
  • Komen
U Mobile tawar Internet tanpa had pada harga RM20/bulan tapi FUP-nya “potong stim”
Share on FacebookShare on Twitter

Kami mengesan ada beberapa produk baharu diperkenalkan di laman U Mobile. Dua daripadanya adalah pelan prabayar U25 dan U35 yang masing-masing memberikan capaian Internet tanpa had.

U25 boleh dilanggan pada kadar RM20/bulan dan ia berikan sambungan Internet pada kelajuan 3Mbps. Yang kurang menarik, FUP-nya agak ketat iaitu pada 30GB sebulan dan selepas melewati kuota tersebut, kelajuan akan dihadkan pada 512kbps.



Namun, untuk 1 jam setiap hari, anda boleh menikmati kelajuan penuh selama 30 hari sebulan. Kalau masih tak cukup, anda boleh langgan pas Speed Booster pada kadar RM5/24jam. Perlu diingatkan yang ia masih memakan kuota FUP anda.

Tiada sebarang kuota hotspot diberikan tapi anda beroleh ciri panggilan suara tanpa had untuk semua rangkaian. Kalau anda nak gunakan ciri hotspot, anda boleh langgan Hotspot Booster pada harga RM3/3GB/3hari.



Penawaran di bawah U35 lebih menarik dan boleh dilanggan pada harga RM35/bulan. Pada kelajuan 6Mbps, FUP yang dikenakan U Mobile agak longgar iaitu pada 100GB sebulan. Ia kuota FUP paling tinggi dalam kalangan telco yang kenakan FUP keras seperti Hotlink (50GB) dan Celcom (60GB).

Anda juga beroleh ciri panggilan tanpa had dan kuota hotspot 3GB. Pelan ini juga ada Speed Booster 1 jam setiap hari.

Benda ketiga yang mereka perkenalkan adalah New U Prepaid Pack. Sebelum ini, pek prabayar daripada U Mobile dipanggil Unlimited Power Prepaid Pack, harganya masih sama pada RM10/unit. Apabila diaktifkan, anda beorleh kuota Internet berkelajuan tanpa had 1GB dan kredit tersedia RM6.

Sumber: U Mobile

Tags: prabayartelcou mobileu25u35
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
U Mobile tawar Internet tanpa had pada harga RM20/bulan tapi FUP-nya “potong stim”

U Mobile tawar Internet tanpa had pada harga RM20/bulan tapi FUP-nya “potong stim”

23 February 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN