• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO Find X akan hadir dengan teknologi yang tiada pada telefon pintar masakini

  • OLEH Najib
  • 6:29 pm
  • 13/06/2018
  • Komen
OPPO Find X akan  hadir dengan teknologi yang tiada pada telefon pintar masakini
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO Find X, peranti flagship OPPO yang kembali selepas menghilangkan diri selama 4 tahun akan dilancarkan di Paris pada 19 Jun 2018. Seminggu yang tinggal ini membawakan beberapa berita yang sahih dan samar-samar.

Adakah OPPO Find X akan hadir dengan perkara yang sama seperti telefon pintar lain atau ia memiliki ciri-ciri istimewa tersendiri? Bermula dari poster yang dikatakan terbocor, ia menerangkan OPPO Find X memiliki kuasa yang tinggi, menggunakan cip Snapdragon 845, bersama 8GB RAM dan 256GB storan.



Seperti masa yang lepas, OPPO memperkenalkan teknologi baru telefon pintar pada setiap model baru Find. Dijangka Find X turut akan hadir dengan teknologi baru.

Antara yang diperkatakan adalah pengecasan Super VOOC yang jauh lebih pantas dari VOOC. Teknologi Super VOOC telah diperkenalkan di pameran MWC 2016 di mana ia boleh mengecas penuh bateri dalam masa 15 minit sahaja.



Manakala teknologi zum optikal 5x telah OPPO demonstrasikan semasa pameran MWC 2017. Ia menggunakan teknologi periskop seperti teropong kapal selam, di mana lensa zum bergerak dari kiri ke kanan, membolehkan badan telefon pintar kekal nipis. Jika muncul di Find X, ia akan mengatasi zum optikal 3x yang dipegang oleh Huawei P20 Pro.

Pada Januari tahun ini, OPPO telah mengumumkan program 5G dengan kerjasama Qualcomm. Dari sini, mereka telah berjaya mendemonstrasikan panggilan Video 5G menggunakan teknologi struktur cahaya 3D. Ia membolehkan panggilan video merakam wajah secara 3D, memberi ruang kepada inovasi seperti pengecaman wajah 3D, pembayaran jarak jauh, permainan dan lain-lain. Tetapi teknologi 5G masih lagi di peringkat ujian, kami tak menjangka Find X akan memiliki teknologi ini.

Adakah Find X akan meneruskan tradisi siri Find yang hadir dengan teknologi serba baru di telefon pintar? Jika tidak semua yang diatas, harapnya OPPO akan memuatkan satu teknologi baru di Find X. Sama-sama kita nantikan pengumuman OPPO pada 19 Jun kelak di Paris.

Tags: Find XoppoOPPO Find XSuper VOOC
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
OPPO Find X akan  hadir dengan teknologi yang tiada pada telefon pintar masakini

OPPO Find X akan hadir dengan teknologi yang tiada pada telefon pintar masakini

13 June 2018
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER