• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi Family Unlimited Bundle baharu tawar Internet jalur lebar 300Mbps pada RM100/bulan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:00 pm
  • 02/03/2022
  • Komen
Digi Family Unlimited Bundle baharu tawar Internet jalur lebar 300Mbps pada RM100/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Digi mengemas kini penawaran pelan pascabayar untuk keluarga. Family Unlimited Bundle membolehkan anda melanggan talian prabayar untuk ahli-ahli keluarga beserta dengan Internet jalur lebar untuk rumah dalam satu harga. Penawaran ini hampir serupa dengan pelan keluarga Maxis Family Plan.

Di bawah pakej Digi Family Unlimited Buddle, pelanggan akan terima 3 talian prabayar dengan kuota Internet dan suara tanpa had pada komitmen RM200/bulan. Kalau anda miliki ahli keluarga yang ramai, sehingga 4 talian tambahan boleh dimasukkan pada kadar RM45/bulan.



Kemudian, dengan tambahan RM100/bulan, mereka boleh menambah Internet jalur lebar 300Mbps.  Harga langganan itu lebih murah sebanyak RM50 sekiranya anda langgan secara berasingan. Selain jalur lebar 300Mbps, kelajuan yang lebih rendah turut ditawarkan sekiranya anda ingin komitment bulanan yang lebih rendah seperti RM75 untuk kelajuan 50Mbps.

Kalau 300Mbps tak cukup, Digi turut tawarkan Internet 500Mbps pada kadar RM140/bulan, 800Mbps pada kadar RM220/bulan, ataupun 1Gbps pada kadar RM240/bulan.



Perkara yang perlu anda tahu tentang Family Unlimited Bundle

Menurut laman FAQ, walaupun talian pascabayar ini hadir dengan kuota tanpa had, hanya kuota 1GB sahaja diperuntukkan untuk anda gunakan Internet bersama gajet lain. Kalau anda perlukan kuota Hotspot, pas berharga RM5 untuk kuota 5GB ada dijual.

Tentang FUP, talian pascabayar ini dikenakan kuota 999GB yang pada saya cukup untuk kegunaan bulanan. Seandainya anda melewati angka tersebut, kelajuan akan dicatu kepada 64kbps.

Satu satu lagi perkara adalah harga promo untuk jalur lebar 300Mbps untuk RM100/bulan. Harga tersebut sah untuk 24 bulan ataupun sepanjang kontrak berjalan. Sesudah kontrak, ia akan kembali kepada harga asal.

Yang terakhir adalah, Digi Family Unlimited Bundle hanya boleh dilanggan di kedai fizikal Digi Stores. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: digidigi postpaidpascabayarpascabayar digi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Digi Family Unlimited Bundle baharu tawar Internet jalur lebar 300Mbps pada RM100/bulan

Digi Family Unlimited Bundle baharu tawar Internet jalur lebar 300Mbps pada RM100/bulan

2 March 2022
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER