• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

F9 THE FAST SAGA dan SNAKE EYES G.I. JOE ORIGINS akan disiarkan di HBO GO

  • OLEH Najib
  • 6:38 pm
  • 10/03/2022
  • Komen
F9 THE FAST SAGA dan SNAKE EYES G.I. JOE ORIGINS akan disiarkan di HBO GO
Share on FacebookShare on Twitter

Filem-filem pecah panggung kini semakin cepat boleh ditonton di luar panggung wayang. Untuk bulan Mac ini, HBO Go mengumumkan bahawa filem terbaru Fast and Furious, serta filem terbaru G.I Joe akan mula bersiaran di platform penstriman mereka.

Filem F9: The Fast Saga dijadualkan akan muncul di HBO Go pada 18 Mac 2022. Manakala filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins, akan boleh ditonton di HBO Go mulai 26 Mac 2022.



Vin Diesel yang membawa watak sebagai Dominic Toretto di dalam Fast and Furious, kembali dalam filem ke-9 Fast and Furious untuk menyelesaikan sengketa dengan abangnya, Jakob yang dilakonkan oleh bintang gusti, John Cena. Seperti biasa, kita ditayangkan dengan pelbagai aksi kereta yang pantas dan mahal di dalam filem ini.

F9: The Fast Saga turut dibintangi watak asal Fast and Furious seperti Tyrese Gibson (Roman), Chris ‘Ludacris’ Bridges (Tej), Nathalie Emmanuel (Ramsey), Jordana Brewster (Mia), Sung Kang (Han), Helen Mirren (Queenie) dan Kurt Russell (Mr Nobody). Ia turut dibarisi muka baru, faces Anna Sawai (Elle) dan Thue Ersted Rasmussen (Otto).



Di filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins pula, Henry Golding menjadi pelakon utama membawakan salah satu ahli utama G.I Joe, iaitu Snake Eyes. Filem ini turut dibintangi oleh pelakon aksi Indonesia terkenal, Iko Uwais.

Filem ini mengisahkan bagaimana Snake Eyes lahir sebagai pejuang keadilan, sebelum akhirnya menyertai pasukan G.I. Joe untuk menentang kumpulan Cobra.

Kepada yang berminat untuk melanggan HBO Go, boleh berbuat demikian dengan mendaftar di laman web HBO Go Asia dan melanggan pelan sebulan RM34.90 atau pelan 3 bulan RM69.90 (RM23.30/bulan). Pelanggan Astro pek Movie menerima akses percuma ke HBO Go. Manakala pelanggan Astro bukan pek movie, boleh melanggan HBO Go sahaja pada harga RM25 sebulan.

Apa yang membezakan HBO Go berbanding Netflix adalah ia memiliki filem dan drama bersiri keluaran Warner Bros, antara yang popular adalah Game of Thrones dan Friends Reunion. Malah, ia juga menjadi pusat utama filem DC seperti siaran eksklusif Justice League Snyder’s Cut, serta filem-filem Superman, Batman, Wonder Woman dan Suicide Squad.

Tags: Fast and FuriousGI JoeHBOHBO GO
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
F9 THE FAST SAGA dan SNAKE EYES G.I. JOE ORIGINS akan disiarkan di HBO GO

F9 THE FAST SAGA dan SNAKE EYES G.I. JOE ORIGINS akan disiarkan di HBO GO

10 March 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER