• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PLUS beri diskaun tol 50% untuk pulang mengundi di Johor? Biar betul?

  • OLEH Najib
  • 9:21 am
  • 11/03/2022
  • Komen
6 perkara PLUS dan Touch n Go patut buat untuk pelaksanaan RFID lebih lancar
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 9.45AM: Ketua Perhubungan Libat Urus Stategik PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid menafikan PLUS ada mengeluarkan kenyataan sedemikian. Semua kenyataan rasmi daripada PLUS akan dibawa oleh saluran media rasmi dan akan diterbitkan di semua platform media sosial rasmi PLUS.


Pengundi Johor akan melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor esok, hari Sabtu 12 Mac 2022. Pastinya ramai pengundi yang berada di luar Johor, berduyun-duyun pulang ke Johor untuk membuat pilihan menerusi peti undi.



Bagaimanapun, telah tersebar berita tentang lebuhraya PLUS, memberi diskaun tol 50% untuk menggalakkan orang ramai pulang ke Johor untuk mengundi esok. Kenyataan itu menyebut, kadar 50% diberikan bermula jam 12 malam, 11 Mac 2022 bagi semua perjalanan menghala ke Johor.

Tetapi kenyataan ini dilihat ada banyak kesalahan, seperti tajuk yang jauh berbeza untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semakan di laman web www.plus.com.my serta media sosial rasmi mereka di Facebook dan Twitter, tidak ditemui kenyataan sebegini.



Kerana itu, ini mungkin kenyataan palsu dan tidak benar. Kami telah menghubungi PLUS untuk mendapatkan pengesahan.

KEMASKINI 9.45AM: Ketua Perhubungan Libat Urus Stategik PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid menafikan PLUS ada mengeluarkan kenyataan sedemikian. Semua kenyataan rasmi daripada PLUS akan dibawa oleh saluran media rasmi dan akan diterbitkan di semua platform media sosial rasmi PLUS.

Daftar undi automatik dan Undi 18

PRN Johor menyaksikan buat pertama kalinya, pengundi berusia 18 tahun dan ke atas, layak memilih wakil rakyat dengan memangkah di kertas undi. Ia juga adalah pilihanraya pertama daftar pengundi automatik digunakan. Bermakna, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun didaftarkan ke dalam senarai pengundi secara automatik, tidak lagi perlu mendaftar secara manual.

Orang ramai boleh menyemak maklumat tempat mengundi mereka menerusi empat cara yang disediakan SPR di sini.

Tags: plus
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
6 perkara PLUS dan Touch n Go patut buat untuk pelaksanaan RFID lebih lancar

PLUS beri diskaun tol 50% untuk pulang mengundi di Johor? Biar betul?

11 March 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN