• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YB Khairy seru jangan buang duit buat ujian COVID-19 RT-PCR

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:42 pm
  • 16/03/2022
  • Komen
YB Khairy seru jangan buang duit buat ujian COVID-19 RT-PCR
Share on FacebookShare on Twitter

Masyarakat kini diminta untuk kurangkan kebergantungan kepada ujian RT-PCR untuk mengesan jangkitan COVID-19. Sebaliknya, individu digalakkan untuk guna ujian RTK-Ag untuk mengesan jangkitan itu. Ini merupakan langkah yang harus dilakukan dalam fasa peralihan ke endemik.

Melalui satu video yang dimuat naik oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin di akaun TikToknya, dia ada kongsikan 2 sebab mengapa masyarakat perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian RT-PCR. Berikut merupakan sebabnya:



1. Ujian RT-PCR mahal

Jika anda pernah lalui ujian RT-PCR, pasti anda tahu bahawa bayaran yang dikenakan ialah ratusan ringgit. Pada bulan Mei tahun lalu, kerajaan ada menetapkan harga siling untuk ujian RT-PCR, RM150. Dibandingkan dengan kit ujian RTK-Ag, ianya jauh lebih murah. Saya pernah belinya melalui dalam talian dengan harga serendah RM5.99 sahaja untuk satu kotak.

Selain itu, YB Khairy juga berkata ujian RTK-Ag sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi. Dibandingkan dengan RT-PCR, ia sangat sensitif sehinggakan individu yang sudah pulih COVID-19 masih lagi didapati positif selepas lalui ujian itu.



2. Keputusan RT-PCR lama untuk tunggu

Individu perlu menunggu lama untuk dapatkan keputusan RT-PCR. Sebaliknya, keputusan RTK-Ag boleh didapatkan dalam masa 15 minit sahaja selepas ujian dijalankan. Maka, apabila keputusan segera diperolehi, individu boleh cepat asingkan diri sekiranya didapati positif.

@khairykj Mengapa kita perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian PCR terutama dalam gelombang Omicron? #fyp #kkm #covid19 ♬ Tiger Blood – Jonathan Paulsen

Selain itu, anda juga tidak perlu bimbang tentang kualiti kit RTK-AG dipasaran kerana ia akan terus dipantau oleh MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) di bawah KKM. Mereka juga akan mengambil tindakan terhadap kit yang mengeluarkan keputusan tidak tepat.

Dalam masa yang sama, YB Khairy juga berkata RT-PCR masih boleh digunakan. Contohnya untuk tujuan melancong ke luar negara atau masuk ke Malaysia.

Di pasaran, ada pelbagai jenama dan harga kit RTK-Ag COVID-19 dijual. Jika anda ragu-ragu sama ada kit yang anda beli itu ada terima kelulusan KKM ataupun tidak, anda boleh periksanya dengan cara yang disediakan ini.

[Sumber: KhairyKJ]

[Sumber gambar: Consumer HealthDay]

Bacaan berkaitan

  • Cara untuk tahu sama ada kit RTK-Ag COVID-19 anda diluluskan KKM ataupun tidak
  • LHDN beri pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk pembelian RTK-Ag dan RT-PCR COVID-19
Tags: COVID-19rtk covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
YB Khairy seru jangan buang duit buat ujian COVID-19 RT-PCR

YB Khairy seru jangan buang duit buat ujian COVID-19 RT-PCR

16 March 2022
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER