• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5G percuma tanpa had dilanjutkan sehingga 30 Jun, DNB jemput telco bekerjasama

  • OLEH Najib
  • 11:40 am
  • 17/03/2022
  • Komen
Saifuddin Abdullah arah peruntukkan jalur 5G 700MHz kepada 5 syarikat
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk meneruskan konsep rangkaian tunggal (SWN) 5G kepada Digital Nasional Berhad (DNB), sekaligus menolak cadangan oleh syarikat telekomunikasi utama Malaysia untuk menubuhkan rangkaian 5G kedua. Sehubungan itu, DNB mengumumkan untuk melanjutkan tempoh ujian 5G bagi menyambut baik keputusan kerajaan ini.

DNB telah melancarkan perkhidmatan 5G mereka pada 15 Disember 2021 dan memberikan tempoh ujian percuma sehingga 31 Mac 2022 kepada syarikat telekomunikasi (telco) yang bersetuju menandatangani perjanjian kerjasama. Setakat ini, hanya YTL Communications menerusi Yes sahaja yang telah mula menggunakan rangkaian 5G DNB.



5G tanpa had percuma hingga Jun

Kini, DNB mengumumkan akan melanjutkan tempoh ujian 5G percuma mereka sehingga 30 Jun 2022. Ini bagi memberi lebih ruang dan masa kepada telco yang masih belum menandatangani perjanjian bersama DNB. Dengan ini, telco yang telah bersedia turut sama boleh memberikan akses 5G percuma kepada pengguna, sehingga 30 Jun 2022.

Buat masa ini, Yes menawarkan SIM 5G percuma untuk pengguna menggunakan 5G secara percuma tanpa had, selama 30-hari. Selepas itu, pelanggan boleh melanggan pelan Yes 5G berharga RM30/bulan untuk terus menggunakan 5G tanpa had, selagi mana DNB menyediakan akses percuma kepada telco.



Telekom Malaysia pernah mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk memberikan akses 5G percuma kepada pengguna Unifi Mobile, tetapi masih belum menyatakan bilakah ia akan bermula. Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile pula, masih tidak membuat sebarang kenyataan untuk mula menggunakan 5G DNB.

Rangkaian 5G DNB kini meliputi beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Cyberjaya, dan Putrajaya. DNB kini sedang menguji rangkaian 5G di Johor dan mensasarkan untuk mencapai 40% liputan populasi pada hujung 2022. Sasaran 80% liputan populasi pula ditetapkan untuk dicapai pada tahun 2024.

[Sumber: DNB]

Bacaan Berkaitan

  • Pelan Yes untuk 5G tanpa had terdedah, dari RM30/bulan
  • Pengguna Unifi Mobile boleh uji rangkaian 5G tidak lama lagi
  • DNB sedia 5G percuma selama 3 bulan mulai 15 Disember, tertakluk kepada kesediaan telco

Tags: 5gDNB
Najib

Najib

POPULAR

Saifuddin Abdullah arah peruntukkan jalur 5G 700MHz kepada 5 syarikat

5G percuma tanpa had dilanjutkan sehingga 30 Jun, DNB jemput telco bekerjasama

17 March 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN