• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Unifi Mobile boleh uji rangkaian 5G tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 6:01 pm
  • 06/12/2021
  • Komen
Pengguna Unifi Mobile boleh uji rangkaian 5G tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan ujian 5G bersama Digital Nasional Berhad (DNB). Sebelum rangkaian 5G dilancarkan secara rasmi, pelanggan pascabayar Unifi Mobile dengan peranti yang menyokong 5G, akan boleh menggunakan perkhidmatan 5G di beberapa kawasan terpilih.

Kenyataan rasmi TM adalah seperti berikut:



Teknologi dan sambungan digital telah menjadi satu keperluan dalam ekosistem hari ini. Dengan pelancaran 5G, ia akan memajukan lagi penciptaan nilai untuk pengguna, PKS mikro dan perniagaan korporat.

TM akan menjalankan ujian 5G bersama DNB untuk mengoptimumkan perkhidmatan. Semasa ujian perintis ini, pelanggan pascabayar Unifi Mobile dengan peranti 5G yang diperakui akan dapat menikmati perkhidmatan 5G di kawasan terpilih di dalam Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

Kami akan terus menyokong aspirasi Kerajaan memperkasa 5G untuk negara dan mempercepatkan lonjakan masyarakat, perniagaan dan industri ke arah Malaysia Digital.

DNB adalah syarikat tujuan khas kerajaan yang diberi mandat untuk membangunkan dan menyelenggara perkhidmatan 5G di Malaysia. DNB akan menguruskan spektrum 5G 700MHz, 3.5GHz dan 26/28GHz dan memberikan perkhidmatan 5G kepada penyedia rangkaian telekomunikasi menerusi perjanjian borong.

DNB juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyediakan perhidmatan 5G percuma sehingga 31 Mac 2022 di lokasi terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Bagi telco yang menandatangai perjanjian borong sebelum 31 Mac 2022, akan turut menikmati perkhidmatan 5G percuma untuk lokasi 5G yang ditambah selepas 1 Januari 2022.



Bagi telco selain TM, DNB meminta pelanggan untuk memeriksa dengan telco mereka sama ada pelanggan akan dapat menyertai ujian 5G percuma yang disediakan DNB.

Bacaan Berkaitan

  • Pengguna Unifi Mobile mungkin dirayaukan ke Celcom 4G selepas liputan 3G ditamatkan
  • DNB sedia 5G percuma selama 3 bulan mulai 15 Disember, tertakluk kepada kesediaan telco
Tags: DNBUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna Unifi Mobile boleh uji rangkaian 5G tidak lama lagi

Pengguna Unifi Mobile boleh uji rangkaian 5G tidak lama lagi

6 December 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN