• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MySejahtera mesti SAH baru boleh lihat sijil vaksinasi

  • OLEH Najib
  • 4:40 pm
  • 22/03/2022
  • Komen
MySejahtera biru tanda Sah atau Verified, siapa tau maksudnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, ramai pengguna melihat aplikasi MySejahtera mereka dikemaskini dengan tanda biru “Sah” atau “Verified”. Beberapa pengguna merasa teruja melihatkan tanda ini kerana ia sukar untuk didapatkan di media sosial, seperti Twitter dan Instagram.

Hari ini, pembangunan MySejahtera tampil menjelaskan tentang perkara ini dan ia tiada kaitan dengan status populariti.



Dalam status di media sosial, MySejahtera menerangkan bahawa akaun yang telah disahkan (verified) memastikan ciri yang ada di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya. Pengguna yang belum mengesahkan akaun mereka, tidak akan dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera.

Jika akaun MySejahtera anda belum disahkan, hanya tekan pada butang merah “Sahkan Segera” atau “Verify Now” untuk mula membuat pengesahan. Seperti dimaklumkan dalam artikel kami sebelum ini, selepas akaun disahkan, nama penuh dan nombor kad pengenalan tidak lagi boleh diubah.



Akaun yang disahkan sangat penting, terutama jika mengembara ke luar negara kerana aplikasi MySejahtera akan digunakan sebagai bukti telah divaksin. Pengunjung luar negara yang datang ke Malaysia juga perlu menggunakan aplikasi MySejahtera dan mereka akan diberikan kad pengembara sebelum dibenarkan menaiki pesawat ke Malaysia.

Selain menambah status sah, aplikasi terbaru MySejahtera versi 1.81 turut menambah baik beberapa perkara, seperti pautan ‘Bantuan’ terus di bahagian status risiko vaksinasi COVID-19. Ini sangat membantu kerana ramai pengguna sering berhadapan masalah status kuarantin di rumah (HSO) tidak dikemaskini, serta status vaksinasi yang tidak lengkap.

[Sumber: MySejahtera]

Tags: COVID-19mysejahtera
Najib

Najib

POPULAR

MySejahtera biru tanda Sah atau Verified, siapa tau maksudnya?

MySejahtera mesti SAH baru boleh lihat sijil vaksinasi

22 March 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN