Kita ada pencabar baru yang mengintai takhta raja kelas pertengahan kini hadir daripada ketuhar ASUS. Benar, saya merujuk pada ASUS ZenFone Max Pro M1 yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia tahun ini.
Selama ini, Xiaomi adalah antara nama yang mendominasi segmen telefon bajet selain pengeluar lain yang kadang kala menyusup senyap-senyap dalam kalangan.
Ketika mencari telefon bajet, saya perhatikan terdapat tiga pemberat utama yang ditimbang tara pengguna ketika membeli telefon kelas ini, mereka adalah:
- Harga
- Spesifikasi
- Ketahanan Bateri
Amat sukar untuk mencari sebuah telefon yang memenuhi semua kriteria ini. Antara calon-calon yang bersaing rapat dengan ZenFone Max Pro M1 adalah seperti Xiaomi Redmi Note 5 dan Huawei Nova 2 Lite.
Tapi kehadiran ZenFone Max Pro M1 saya rasakan bukan saja memeriah segmen mid-range, tapi ia mengubah stigma yang menyelubungi siri ZenFone sejak sekian lama. Antara keluhan pengguna terhadap produk telefon ASUS selama ini adalah:
- Sarat bloatware
- Harga tak munasabah
- Sokongan kemas kini yang lemah
Mengapa saya mengatakan ZenFone Max Pro M1 adalah penyelamat ASUS? Teruskan membaca
Rekaan & Spesifikasi
Sejurus memegang telefon ini, anda pasti mudahnya mengaitkan parasnya mirip Redmi Note 5. Untuk itu, saya setuju dengan anda lebih-lebih lagi pada bahagian depan.
Pada bahagian mukanya, anda boleh menemui panel LCD IPS sebesar 5.99″ dengan resolusi HD Penuh (18:9).
Bingkai terutamanya pada dahi dan dagunya agak besar tetapi simetri keluasannya. Saya tak rasakan ia adalah kekurangan kerana semasa memegangnya secara melintang, ruang ini mengelakkan ibu jari saya terlalu dibengkokkan untuk menekan butang di atas skrin.
Bahagian belakang agak minimalistik. Pengimbas cap jari terletak pada bahagian tengah, di atas cap ASUS manakala komponen dwikamera terletak pada bahagian atas kiri bersama-sama sebuah flash.
Butang-butang utama disusun pada bahagian kiri dan pada bahagian bawah anda boleh menemui jeriji speaker bersama-sama mikro-USB. Agak malang ia hanya memiliki mikro-USB.
Secara keseluruhan, rekaan ZenFone Max Pro M1 adalah generik dan tiada yang wow. Tapi jangan biarkan rupa mengaburi pertimbangan kerana disebalik badannya terdapat komponen-komponen yang elok.
Spesifikasi ASUS ZenFone Max Pro M1
[nextpage title=”Pengalaman Guna: Limitless Gaming”]
Dilancarkan dengan moto “Limitless Gaming”, saya tanpa berlengah lagi terus memasang beberapa permainan ruji hari ini seperti
- Free Fire
- PlayerUnknowns’ Battle Ground (PUBG) Mobile
- Mobile Legends: Bang Bang
Seperti yang digembar-gemburkan, gaming menggunakan ASUS ZenFone Max Pro M1 amat memuaskan. Semuanya beroperasi dengan lancar walaupun tetapan tertinggi digunakan.
Paling mengagumkan adalah pada ketahanan bateri yang dipamerkannya. Dengan sekali bateri penuh, saya bermain Mobile Legends hampir 5 jam, PUBGm melebihi sejam dan pada masa yang sama, saya menggunakan Discord untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan.
Daripada segi Screen-on-Time (SoT), saya beroleh hampir 7 jam 25 minit. Amat menjerihkan hanya untuk susutkan bateri 5,000mAh telefon ini.
Prestasi bateri telefon ini adalah sesuatu yang cemerlang. Bukan mudah untuk mencari sebuah telefon berbateri besar yang mampu mendukung bebanan gaming seperti ini. Redmi Note 5 belum tentu mampu menandinginya dengan bateri 1,000mAh lebih kecil. Berikut adalah graf untuk tempoh mengguna ZenFone Max Pro M1 daripada satu bateri penuh.
Setelah menyurutkan bateri telefon ini, tibalah masa untuk mengecasnya. Saya ingin melaporkan yang ASUS hanya membekalkan anda dengan pengecas 10W untuk mengisi bateri superbesar telefon ini. Ditambah pula dengan ketiadaan pengecasan pantas, isian semula bateri telefon ini saya dapati agak lama. Hasil mengecas telefon ini menggunakan pengecas yang dibekalkan adalah:
- Mengecas penuh mengambil masa hampir 2 jam 50 minit
- Mengisi 50% daripada bateri hampir sifar mengambil masa sekitar 50 minit
- Mengecas selama 30 minit daripada bateri hampir sifar mengisi sekitar 35 minit
Saya juga berminat untuk menyentuh bahagian sistem operasi yang dijalankannya kerana ini adalah kali pertama ASUS tidak menyuntik antara muka ZenUI sebaliknya menggunakan antara muka asli Android pada ASUS ZenFone Max Pro M1. Langkah ini menerima pujian ramai pengguna kerana ia lebih mudah untuk dibiasakan pengguna terutamanya yang baru menyertai ekosistem telefon ASUS.
Hampir minimum APP hasilan ASUS dipasang pada telefon ini. Yang ada cumalah beberapa APP seperti kamera, perakam audio, kalkulator dan FM radio.
Satu kekurangan yang ingin saya utarakan pada telefon ini adalah ketiadaan IEEE 802.11ac ataupun bahasa pasarnya Wi-Fi 5Ghz. Ia agak dirasai sekiranya ramai pengguna berada dalam spektrum 2.4Ghz. Salah satu kelebihan 5Ghz adalah keluasan jalur (bandwidth) yang luas dan mampu mengalirkan data lebih besar.
Jika anda berminat dengan penanda aras sintetik, ini adalah hasilnya:
Antutu Benchmark
Geekbench
[nextpage title=”Kamera & Kesimpulan”]
ASUS membangunkan telefon ini bukanlah untuk kameranya. Oleh sebab itu, anda bakal mendapati yang kamera pada telefon ini tidaklah mampu dibanggakan. Walau bagaimanapun, untuk memenuhi keperluan asas, ia lebih daripada cukup.
APP kamera dilancarkan dengan pantas dan anda terus dihidangkan dengan antara muka UI yang kemas dan minimalistik. Beberapa mode kamera asas turut disediakan untuk memudahkan anda mengambil gambar. Sungguhpu begitu, tiada fungsi Manual walaupun sekelumit yang menjadikan pengalaman kamera pada telefon ini kurang baik.
Dalam mode video, ia boleh menyokong sehingga resolusi 4K dan tiada fungsi ambil gambar slow-mo padanya.
Satu kekurangan telefon ini berbanding pesaing Redmi Note 5-nya adalah ia tidak dilengkapi sistem autofokus dual piksel. Jika anda belum berpelluang mencuba sistem autofokus Redmi Note 5, ia menggunakan teknologi yang sama seperti yang ada pada Samsung Galaxy S9 dan ia sangat pantas membidik fokus.
Pada kamera ini, ia hanya dilengkapi sistem pengesanan fasa (phase detection) dan anda boleh jangkakan prestasi yang agak perlahan.
Ini adalah hasil gambar yang boleh anda perolehi hasil lensa ZenFone Max Pro M1;
Dalam pencahayaan yang cukup, ia adalah sebuah kamera yang baik
Ia berjaya kekalkan butiran pada awan menunjukkan dynamic range yang baik
Tapi dalam pencahayaan terhad, sistem pemfokusan menghadapi masalah
Warna pula agak mendatar
Menjelang malam, sistem terpaksa mengepam ISO ke tahap tertinggi lalu menghasilkan hingar
Lebih parah apabila malam menjelma
Kekaburan adalah perkara biasa dalam keadaan malap
Kesimpulan
ASUS ZenFone Max Pro M1 menjadi batu penanda bahawa mereka mendengari suara peminatnya sehingga sanggup meninggalkan ZenUI yang digunakan sejak sekian lama. Telefon ini juga menjadi menifestasi yang ASUS turut mampu bersaing bukan saja dalam arena kualiti tetapi daripada segi harga.
Dengan harga bermula RM699, “berbaloi” adalah ungkapan yang wajar diberikan sejurus mengamati helaian spesifikasi. Terdapat beberapa konfigurasi ZenFone Max Pro M1 yang boleh didapati dalam pasaran Malaysia, mereka adalah:
- RAM 3GB + storan 32GB – RM699
- RAM 4GB + storan 32GB – RM799
- RAM 4GB + storan 64GB – RM999
Terdapat juga varian RAM 6GB + storan 64GB tetapi ia akan diumumkan kemudian. Kelebihan varian 6GB selain amaun RAM-nya adalah pada kamera depan 16MP berbanding kamera 8MP pada varian lain.
Selain gamers, saya juga menyarankan telefon ini untuk golongan vateran. Kalau anda ada ibu bapa yang memerlukan sebuah telefon berskrin besar tetapi tak berasa rajin untuk selalu mengecasnya, telefon ini amat sesuai untuk mereka.