• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Moto G51, telefon 5G mampu milik di bawah RM1,000

  • OLEH Najib
  • 10:10 pm
  • 22/03/2022
  • Komen
Moto G51, telefon 5G mampu milik di bawah RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Motorola nampak agak aktif kebelakangan ini apabila melancarkan beberapa model telefon pintar di pasaran Malaysia. Sebelum ini, mereka baru melancarkan peranti flagship, Motorole Edge 30 Pro dengan kuasa Snapdragon 8 Gen 1 yang termurah di Malaysia. Kini mereka hadir dengan telefon pintar 5G mampu milik, Moto G51.

Telefon pintar Moto G51 akan dilancarkan di Malaysia pada 28 Mac 2022 dan mula dijual pada 31 Mac 2022. Tetapi Motorola Malaysia menyediakan sedikit tawaran untuk pembeli terawal.



Harga jualan untuk Moto G51 di Malaysia adalah:

  • Moto G51 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM899

Promosi tempahan awal yang disediakan berupa diskaun sebanyak RM50. Tempahan awal dibuka dari 21-24 Mac 2022, di Stor Rasmi Motorola di Shopee dan Lazada, menjadikan harga Moto G51 kepada RM849 sahaja. Hanya ada satu warna ditawarkan di Malaysia iaitu biru.



Spesifikasi Moto G51 5G

Telefon pintar kelas permulaan ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 480 Pro, yang menyokong rangkaian 5G. Ia datang bersama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB, serta sedia menerima kad mikroSD sehingga 1TB untuk storan tambahan.

Walaupun cipnya seperti kelas permulaan, ciri-ciri lain padanya melayakkan ia diletakkan di dalam kelas pertengahan. Antaranya penggunaan skrin LCD besar 6.81-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjarinya terletak di sisi, bersama butang kuasa.

Kamera belakang pula menggabungkan kamera utama 50MP F1.8, kamera ultralebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapannya 13MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Bateri sebesar 5,000mAh dipasang di dalamnya, dengan kuasa mengecas 10W sahaja melalui sambungan USB-C. Sistem bunyi mono menerusi speaker di bawah dan ada jek audio 3.5mm.

[Sumber: Motorola]

Tags: Moto G51MotorolaMotorola Moto G51
Najib

Najib

POPULAR

Moto G51, telefon 5G mampu milik di bawah RM1,000

Moto G51, telefon 5G mampu milik di bawah RM1,000

22 March 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN