• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Zoom sediakan avatar 3D untuk ganti kepala pengguna, ini cara hidupkannya pada skrin

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:30 pm
  • 23/03/2022
  • Komen
Zoom sediakan avatar 3D untuk ganti kepala pengguna, ini cara hidupkannya pada skrin
Share on FacebookShare on Twitter

Zoom telah memperkenalkan avatar yang boleh menggantikan kepala anda dengan watak 3D ketika sedang sertai pertemuan maya. Avatar itu akan meniru mimik muka dan juga mengikut pergerakan kepala anda. Ciri ini tersedia untuk  Zoom Meetings dan Zoom Webinar.

Buat masa ini, hanya avatar haiwan sahaja yang tersedia. Contohnya kucing, anjing dan musang. Tapi mereka akan menyediakan lebih banyak avatar pada masa akan datang.



Apabila anda hidupkan ciri Avatar ini, teknologi Zoom akan menggunakan kamera peranti untuk mengesan lokasi wajah pada skrin, seterusnya mengaktifkan avatar yang anda pilih. Tapi mereka tidak menggunakan pengecaman muka untuk mengenal pasti siapa anda.

Untuk gunakan ciri ini, anda perlu pasang Zoom 5.10.0 atau lebih baru pada peranti iOS, Mac dan Windows. Berikut merupakan cara untuk hidupkan avatar pada skrin:



  1. Pastikan kamera web dan video anda dihidupkan
  2. Pada menu di bawah, pilih Stop Video
  3. Pilih Choose Virtual Background
  4. Kemudian pilih Background and Effect
  5. Tekan tab Avatars dan pilih karakter yang anda mahukan.

Untuk tukar avatar anda, pergi semula ke tab Avatar dan pilih karakter yang baru. Untuk berhenti gunakan ciri ini, pilih None dalam tab Avatar.

Ada banyak situasi yang sesuai untuk pengguna aktifkan ciri ini, antaranya ialah ketika guru sedang bercerita dengan pelajar sekolah sewaktu berlangsungnya kelas dalam talian. Ciri ini tentunya akan tarik perhatian pelajar untuk dengar dan melibatkan diri dalam kelas. Ia juga berguna untuk mencipta suasana gembira dan tenang ketika berada dalam kelas maya. Mungkin ciri ini juga membantu untuk mengelakkan rasa bosan dalam kalangan penonton ketika menghadiri mesyuarat maya.

[Sumber: Engadget, Zoom]

Tags: zoom
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Zoom sediakan avatar 3D untuk ganti kepala pengguna, ini cara hidupkannya pada skrin

Zoom sediakan avatar 3D untuk ganti kepala pengguna, ini cara hidupkannya pada skrin

23 March 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN