• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kesilapan sistem akibatkan MySejahtera beri janji temu vaksin dos keempat, KKM minta pengguna abaikannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:35 pm
  • 24/03/2022
  • Komen
Kesilapan sistem akibatkan MySejahtera beri janji temu vaksin dos keempat, KKM minta pengguna abaikannya
Share on FacebookShare on Twitter

Unit MySejahtera Kementerian Kesihatan (KKM) meminta ibu bapa atau penjaga kepada remaja 17 tahun ke bawah untuk mengabaikan pautan janji temu vaksin dos penggalak yang diterima melalui aplikasi MySejahtera. Selain itu, individu dewasa yang telah mengambil suntikan dos penggalak juga diarahkan untuk lakukan perkara yang sama.

Oleh kerana janji temu vaksinasi dihantar secara automatik, maka terdapat kesilapan dalam sistem yang mengakibat 2 golongan di atas menerima janji temu vaksin semula. Tapi, jika ada yang sudah membuat janji temu dos penggalak untuk tanggungan mereka atau dos keempat melalui pautan yang dihantar, anda diminta untuk batalkan janji temu itu dan tidak perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).



Buat masa ini, dos penggalak hanya disarankan untuk diberi kepada individu dewasa berusia 18 tahun ke atas. Selain itu, tiada dos penggalak kedua atau vaksin dos keempat diberikan kepada umum. Dalam masa yang sama, PPV telah dimaklumkan tentang perkara ini dan mereka akan menolak kehadiran remaja untuk dos penggalak dan juga individu yang hadir untuk dapatkan vaksin dos keempat.

Siaran akhbar mengenai Pautan Janji Temu Melalui Aplikasi MySejahtera yang dikeluarkan oleh Unit MySejahtera, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Sila rujuk infografik ini.#mysejahtera#mysejahteratrace#reopeningsafely pic.twitter.com/B4Lq7vfvYF

— MySejahtera (@my_sejahtera) March 23, 2022


Sebelum ini, pihak MySejahtera ada meminta pengguna untuk mengemaskini aplikasi tersebut kepada versi terkini iaitu 1.1.8 bagi memastikan semua fungsi terbaru dalam aplikasi itu dapat digunakan. Mereka juga perkenalkan pengguna dengan tanda biru Verified pada halaman MySJ Trace. Pengguna yang belum sahkan akaun, tidak akan dapat lihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera sehingga perkara itu dilakukan.



Notis penting: Sila kemaskini versi aplikasi MySejahtera yang terkini (1.1.8) bagi memastikan semua fungsi terbaru dalam aplikasi ini dapat digunakan.

Sila rujuk infografik ini. (1/2) pic.twitter.com/bbsXZaMY4Q

— MySejahtera (@my_sejahtera) March 22, 2022

[Sumber: Sinar Harian]

Bacaan berkaitan

  • MySejahtera mesti SAH baru boleh lihat sijil vaksinasi
  • MySejahtera biru tanda Sah atau Verified, siapa tau maksudnya?
  • Tiada lagi status kontak kasual berwarna kuning di MySejahtera, hanya perlu asingkan diri jika bergejala
Tags: mysejahtera
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kesilapan sistem akibatkan MySejahtera beri janji temu vaksin dos keempat, KKM minta pengguna abaikannya

Kesilapan sistem akibatkan MySejahtera beri janji temu vaksin dos keempat, KKM minta pengguna abaikannya

24 March 2022
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN