• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Miliki & jual Android Box, peniaga didenda RM4,000

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:05 pm
  • 25/03/2022
  • Komen
Miliki & jual Android Box, peniaga didenda RM4,000
Share on FacebookShare on Twitter

Akibat memiliki dan menjual Android Box yang tidak diperakui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), seorang peniaga dihukum denda RM4,000 atau enam bulan penjara.

Dalam kes ini, Khor Ooi Heong, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan menjual Android TV Box yang tidak diperakui SKMM dan dia memilih untuk membayar denda yang dikenakan. Mengikut pertuduhan, Heong didakwa menjual kelengkapan komunikasi iaitu tiga unit Android Box jenama Tian Mau yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 pada 9 Julai 2020. Kesalahan ini memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.



Terdahulu, Heong yang tidak diwakili peguam dalam rayuan pengurangan hukuman menjelaskan syarikat miliknya ,Wellbao Trading yang melakukan perniagaan itu sudah ditutup selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Dia juga merayu denda yang rendah dengan alasan mempunyai tanggungan isteri serta anak pertamanya mempunyai penyakit kanser mata serta memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.

Pegawai Pendakwa SKMM, Nur Hazhzilah Mohammad Hashim meminta mahkamah jatuhkan hukuman yang sewajarnya terhadap Khor atas faktor kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi. Dia juga membuat permohonan lucut hak bagi tiga unit barang kes untuk perlupusan.



Android Box bukan sahaja menawarkan kandungan perkhidmatan penstriman video yang banyak, malah ia juga membolehkan pengguna melayari internet dengan mudah melalui TV. Tapi, peranti ini tidak boleh dijual beli sewenang-wenang jika tidak diperakui SKMM kerana ia akan dianggap sebagai peranti yang tidak sah. Semua Android Box TV yang sah mestilah diikitraf SIRIM, bagi memastikan ia mematuhi standard operasi di Malaysia, agar tidak mengganggu frekuensi yang telah diperuntukkan untuk peranti lain.

Oleh itu, jika anda nak beli Android Box, pastikan ia ada pengesahan SIRIM. Perkara ini perlu dilakukan kerana bimbang jika Android Box itu mengandungi alat pengintipan yang mengumpulkan maklumat peribadi pengguna. Ia juga mungkin telah dijangkiti virus dan malware yang bakal mengganggu kelancaran internet anda dan mungkin mencuri data.

[Sumber: BH]

Tags: Android Box
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Miliki & jual Android Box, peniaga didenda RM4,000

Miliki & jual Android Box, peniaga didenda RM4,000

25 March 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN