• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CIMB saman balas 12 individu yang gunakan RM1.39 juta dana tersalah masuk        

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:38 pm
  • 04/04/2022
  • Komen
CIMB Clicks Instant Transfer telah pulih dan beroperasi kembali
Share on FacebookShare on Twitter

CIMB dilaporkan memfailkan saman balas terhadap 12 individu yang telah menyamannya ekoran isu pembekuan akaun yang telah kami laporkan dalam bulan Januari 2022 yang lalu. Dalam pemfailan tersebut, CIMB ingin mendapatkan perintah mahkamah terhadap 12 individu tersebut untuk membayar sejumlah RM1.39 juta dana yang tersalah masuk ke akaun mereka.

Pihak bank menjelaskan terdapat masalah teknikal yang menyebabkan perpindahan dana masuk ke akaun pelanggan berlaku sebanyak dua kali. Maka, sebab itu pihak bank membekukan akaun pelanggan dan cuba untuk mendapatkan kembali dana tersebut.



i just received this message last night and i thought "mende lagi la bodo ni" and then i went log in to my cimb click and wtf??? pic.twitter.com/RYOf99xO3L

— manap.exe (@pundetaguna) January 25, 2022

Antara kandungan dokumen saman yang dimohon di mahkamah adalah tentang plaintif yang telah membelanjakan wang bukan milik mereka akibat kesilapan teknikal servis Money Send. Ini adalah servis penghantaran wang merentasi sempadan oleh Mastercard.

Saman berkelompok terhadap CIMB telah difailkan pada 28 Februari 2022 lalu dan mahkamah telah memerintahkan CIMB untuk memfailkan kenyataan pembelaan pada 30 Mac 2022.



Ketika itu, kelompok yang memfailkan saman mendakwa pihak bank telah melanggar kontrak apabila membekukan akaun.

Sumber: FMT

Bacaan berkaitan

[Kemaskini] Akaun bank pelanggan CIMB dibekukan akibat ralat memproses – SoyaCincau.com

Tags: cimb
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
CIMB Clicks Instant Transfer telah pulih dan beroperasi kembali

CIMB saman balas 12 individu yang gunakan RM1.39 juta dana tersalah masuk        

4 April 2022
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN