• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet PerantiSiswa sebenarnya dipinjamkan sahaja kepada penerima?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:36 pm
  • 06/04/2022
  • Komen
Annuar Musa kongsi gambar tablet PerantiSiswa, katanya sesi permohonan dibuka seawal 15 April 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut maklumat yang kami perolehi daripada sumber yang boleh dipercayai, model pengedaran tablet PerantiSiswa adalah mirip kepada program Cerdik, inisiatif yang meminjamkan laptop kepada pelajar-pelajar daripada golongan B40 yang layak.

Program Cerdik pula dikiaskan kepada program pinjaman buku teks apabila pelajar akan menikmati kemudahan buku teks sehingga mereka habis belajar dan ia perlu dipulangkan semula. Sekiranya benar, sudah tentu akan ada rungutan daripada beberapa pihak seperti yang berlaku sewaktu Program Cerdik,



Ketika itu, YB Syed Saddiq memetik kenyataan sewaktu pembentangan bajet daripada Senator Tengku Zafrul yang kerajaan memperuntukkan 150 ribu laptop kepada pelajar, tapi prosedurnya berubah di pertengahan jalan.

Mula-mula kata peruntukan 150,000 laptop kepada pelajar.

Sekarang dah jadi skim pinjaman macam buku teks.

Jadi dah pakai laptop, kena pulang balik? Kalau rosak, pelajar kena ganti semula kah?

Waktu bentang Belanjawan 2021, kenapa tak sebut hal ni? pic.twitter.com/92qVOeMkQR

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) February 8, 2021

Untuk PerantiSiswa, YB Syed Saddiq turut berbunyi. Kali ini, dia memohon penjelasan daripada YB Annuar Musa tentang tablet yang bakal diberikan itu. Dia ingin memastikan bahawa tablet yang dibekalkan adalah berkualiti dan mudah dibaik pulih sekiranya terdapat isu.



Salam Tan Sri @AnnuarMusa , mohon untuk nyatakan specs & jenama tablet.

Kita nak pastikan tablet yang dibagi berkualiti, boleh tahan lama.

Lagi penting kalau tablet yang dibagi common brand, supaya kalau rosak senang baiki, senang cari sparepart.

Mohon penjelasan. Terima kasih https://t.co/bNEr9phNO0

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 5, 2022

Perangai kerajaan mengubah-ubah rancangan bukanlah baharu dan telahpun berlaku. Misalnya, sewaktu PerantiSiswa diumumkan, ia dikatakan memanfaatkan 600 ribu pelajar. Namun maklumat terbaharu, ia telah diturunkan kepada 400 ribu sahaja tanpa sebarang berita tentang adakah peruntukkan kekal pada RM450 juta ataupun turut dikurangkan.

Bacaan berkaitan

Annuar Musa kongsi gambar tablet PerantiSiswa, katanya sesi permohonan dibuka seawal 15 April 2022 – SoyaCincau.com

PerantiSiswa: Pemanfaat turun daripada 600,000 kepada 400,000, apa maknanya? – SoyaCincau.com

Tags: perantisiswa
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Annuar Musa kongsi gambar tablet PerantiSiswa, katanya sesi permohonan dibuka seawal 15 April 2022

Tablet PerantiSiswa sebenarnya dipinjamkan sahaja kepada penerima?

6 April 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER