Di samping tawaran menarik Hari Raya untuk pelan keluarga pascabayar Celcom Mega, ada juga promosi hebat disediakan untuk pelan tanpa had Xpax. Untuk masa terhad, pelanggan Xpax Unlimited bagi pelan RM38 dan ke atas, akan menikmati kuota kelajuan tanpa had digandakan.
Promosi data berganda ini terbuka kepada semua pelanggan baru dan sedia ada. Ia ditawarkan dari 15 April sehingga 30 Jun 2022. Dalam kempen ini, pelanggan pelan Xpax Unlimited RM38, RM43, RM45 dan RM50 akan mendapat kuota internet tanpa sekatan kelajuan sebanyak 20GB, berbanding 10GB pada kebiasaannya.
Di laman web prabayar Celcom Xpax, disenaraikan sebanyak 7 pelan Unlimited, semuanya disertakan panggilan tanpa had ke semua talian tempatan. Pada asasnya, ada dua pelan Unlimited iaitu kelajuan disekat ke 3Mbps dan 6Mbps. Perbezaan pada harga pula adalah tambahan pas VIP iQiyi serta jumlah kuota internet tanpa sekatan kelajuan.
Selain itu, pelanggan Xpax Unlimited juga perlu tahu bahawa pelan tanpa had ini ada polisi penggunaan saksama (FUP) sebanyak 60GB sebulan. Apabila mencecah kuota FUP, sekatan kelajuan akan diperlahankan ke 512kbps sehingga tamat langganan.
Kuota internet tanpa sekatan kelajuan boleh digunakan apabila perlukan kelajuan data lebih pantas melebihi sekatan 3Mbps atau 6Mbps. Ia boleh diaktifkan menerusi aplikasi Celcom Life. Ini akan memberikan kelajuan internet lebih pantas untuk pelbagai kegunaan seperti strim video HD/4K, bermain video atas talian, muat turun atau muat naik fail besar serta pelbagai penggunaan internet yang lain.
Selain promosi internet tanpa sekatan kelajuan diganda, Celcom juga memberikan ganjaran eksklusif untuk pengguna Xpax di dalam aplikasi Celcom Life. Ia termasuk diskaun 12% untuk FoodPanda (minima belanja RM50, terhad kepada RM6), diskaun 15% + pulangan tunai 2% di Zalora (belanja minima RM150), diskaun eBaucar Petronas RM3 (belanja minima RM50) dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Prabayar Xpax serta semak ruangan soalan lazim FAQ.