• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Chery Omoda E5 dipertontonkan kali pertama di Malaysia, pelancaran 2024

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 6:22 pm
  • 29/11/2023
  • Komen
231129 Chery Omoda E5
Share on FacebookShare on Twitter

Chery Malaysia dijangka bakal melancarkan model kereta elektrik pertamanya, Omoda E5 pada tahun 2024 dan media diberi peluang untuk ke sesi pratonton model itu.

Sebagai permulaan, Chery Malaysia akan menawarkan Omoda E5 dalam bentuk unit import sepenuhnya (CBU). Adakah ia akan menjalani pemasangan tempatan (CKD)? Itu masih tidak dapat dipastikan.



Gril bertutup & perkataan Chery

Rekaan luaran Omoda E5 diberikan sedikit sentuhan berbeza dengan versi petrolnya bersama penampilan jeriji hadapan yang dilengkapi gril bertutup dan lebih ringkas, memandangkan kereta tersebut tidak memerlukan bantuan udara untuk penyejukan enjin.

231129 Chery Omoda E5
231129 Chery Omoda E5

Malah pada hud depannya, bahagian port pengecas diletakkan perkataan Chery berbanding penggunaan logo. Selain itu, ia dipasang dengan rim aero 18 inci yang direka khas untuk versi EV.



Bagi rekaan dalaman E5 tidak banyak bezanya dengan versi petrol, kecuali pada konsol tengah kerana pada versi EV tiada tombol gear dan ruang storan barangan yang lebih besar.

231129 Chery Omoda E5

Untuk sistem hiburannya ia dilengkapi cip Qualcomm 8155 dengan skrin papan pemuka ultra jelas 24.6 inci 3D True Curved dengan resolusi 1920×720.

Jarak pemanduan 430km, pecutan 100km/j dalam 7.6 saat

Ia adalah model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dilengkapi motor elektrik tunggal pacuan dua roda (2WD) 61kWj yang dapat menjana 150kW (201hp) dan 340Nm tork. Bagi pecutan 0 hingga 100km/j, ia dapat dilakukan dalam tempoh masa 7.6 saat.

Omoda E5 merupakan varian kereta elektrik penuh jimat tenaga dan SUV ini mempunyai kecekapan tenaga 14.5kWj bagi setiap 100km.

Dengan pengecasan pantas DC 80kW, ia mengambil masa sekitar 30 minit untuk mengecas dari 30% sehingga 80%. Manakala jarak pemanduan yang boleh dicapai bagi setiap pengecasan penuh adalah sekitar 430km (WLTP).

Omoda E5 untuk pasaran Malaysia ini dilengkapi dengan fungsi Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) yang merangkumi 16 fungsi, seperti:

  • Pemantauan titik buta
  • Amaran mengundur
  • Brek kecemasan automatik dengan kepekaan pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal.

Berdasarkan pengumuman yang lepas, Omoda E5 akan ditawarkan dengan 7 pilihan warna badan dengan 3 warna dalaman.

Itulah dia Omoda E5, kereta SUV elektrik pertama keluaran Chery. Jadi apa pendapat anda tentang kenderaan ini?

Omoda 5 versi petrol dijual antara RM108,800 dan RM118,800. Agak-agak berapa jumlah harga versi EV ini? Anggaran kami dalam sekitar RM120,000 hingga RM150,000. Yang pasti, harganya tidak boleh lawan harga Tesla Model 3. 

Bagi yang berminat dengan kereta EV dan mahukan rekaan SUV, bolehlah anda tonton video di bawah. Mungkin nanti boleh masukkan Omoda E5 dalam senarai pertimbangan anda.

Bacaan berkaitan:

  • Chery Omoda E5 sudah tiba di Malaysia, EV SUV dengan 16 ADAS
  • Gentari aktifkan 10 pengecas EV di Paradigm Mall Petaling Jaya
  • Struktur cukai jalan EV baharu akan diumum MOT sebelum 2023 tamat
Tags: CheryChery MalaysiaChery OmodaChery Omoda E5EVEV MalaysiaOmoda E5
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
231129 Chery Omoda E5

Chery Omoda E5 dipertontonkan kali pertama di Malaysia, pelancaran 2024

29 November 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN