• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hab Celcom smEX beri penyelesaian pantas di media sosial

  • OLEH Najib
  • 3:31 pm
  • 06/11/2017
  • Komen
Hab Celcom smEX beri penyelesaian pantas di media sosial
Share on FacebookShare on Twitter

Satu perkara yang pasti dapat mengekalkan pelanggan, adalah servis selepas jualan yang baik. Bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan pengguna, Celcom hari ini melancarkan hab ‘Social Media Experience‘ atau smEX hari ini.

Hab ini sebenarnya mengumpulkan individu dari pelbagai bahagian di dalam Celcom, untuk memberikan respon pantas dan bermanfaat kepada pelanggan. Ia juga bertujuan bagi mewujudkan pengalaman yang positif melalui saluran media sosial.



Bahagian yang berbeza seperti pemasaran, jualan, rangkaian, hubungan pelanggan dan aktiviti perkhidmatan akan melantik seorang wakil ke dalam hab ini. Dengan ini, kepakaran setiap orang boleh digunakan untuk melengkapi antara satu sama lain dalam memberi penyelesaian kepada pengguna melalui ruang media sosial dengan lebih pantas di dalam satu bilik.

Hab ini akan memantau kesemua saluran media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter, YouTube dan platform tempatan yang popular. Setakat ini, Celcom menguruskan pertanyaan dan persoalan pengguna di media sosial melebihi 6 angka sebulan, dengan 80% darinya melalui messenger dan 20% lagi di ruangan komen.



Bagi memastikan proses yang lebih lancar, hab ini menggunakan penyelesaian pemantauan secara makro dan mikro, yang melihat maklumbalas pengguna media sosial dan perkara yang tular, agar pasukan smEX dapat bertindak balas dengan lebih pantas, sebelum persoalan ditimbulkan pengguna. Hab ini akan beroperasi sepenuh pada bulan Disember depan.

Buat pengguna Celcom, adakah layanan di media sosial Celcom kini lebih pantas, interaktif dan memberi penyelesaian kepada masalah anda? Adakah ini menjadi salah satu perkara penting buat anda untuk kekal menggunakan talian Celcom?

Jadilah pengguna yang bijak.

Tags: celcomCelcom smEXMedia Sosial CelcomsmEX
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Hab Celcom smEX beri penyelesaian pantas di media sosial

Hab Celcom smEX beri penyelesaian pantas di media sosial

6 November 2017
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN