• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch n Go dan Alipay bekerjasama bangunkan TNG Digital

  • OLEH Najib
  • 7:48 pm
  • 14/11/2017
  • Komen
Touch n Go dan Alipay bekerjasama bangunkan TNG Digital
Share on FacebookShare on Twitter

TNG Digital Sdn Bhd, sebuah syarikat kerjasama antara anak syarikat CIMB Group Holdings Berhad, iaitu Touch ‘n Go Sdn Bhd dan Ant Financial Services oleh Alipay, telah menerima lampu hijau dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mula beroperasi. Lembaga pengarah CIMB Group melaporkan perkara ini kepada Bursa Malaysia.

Syarikat kerjasama ini akan menyaksikan Touch ‘n Go sebagai pemegang saham majoriti TNG Digital, manakala Alipay sebagai pemegang saham minoriti. Ia bakal menggabungkan kepakaran tempatan CIMB bersama platform bayaran mudah alih berkelas dunia oleh Alipay.



Touch ‘n Go kini memiliki 10 juta pengguna kad aktif di Malaysia, yang menggunakannya untuk pembayaran elektronik di plaza tol, pengangkutan awam, tempat letak kereta serta membeli-belah di kedai.

TNG Digital akan membawakan kebolehan dompet elektronik (e-wallet) sebagai tambah nilai kepada pengguna baru dan sedia ada. Ia dijangka akan memperkenalkan satu jenama baru untuk e-wallet ini.



Touch ‘n Go akan bekerjasama secara eksklusif bersama Alipay di Malaysia untuk membangunkan ekosistem e-wallet ini. Bagaimanapun, Alipay masih boleh bekerjasama dengan perbankan lain untuk ekosistem pembayaran elektronik, termasuk memberi dana dan mengambil alih perniagaan.

E-wallet adalah sesuatu yang agak baru di Malaysia. Bagaimanapun sudah terdapat banyak jenama e-wallet telah dilancarkan di Malaysia seperti FavePay, Boost dan vCash. Di China, ia telah menjadi satu norma dengan Alipay merupakan salah satu penyedia perkhidmatan terbesar di sana.

Sudah lama menantikan Touch n Go yang boleh ditambah nilai terus dari laman web atau di peranti mudah alih. Harapnya tidak dikenakan caj 50sen untuk tambah nilai seperti yang terdapat sekarang.

[Sumber: TheSunDaily 1, 2]

Tags: AlipayTNG DigitalTouch n Gotoucn n go login
Najib

Najib

POPULAR

Touch n Go dan Alipay bekerjasama bangunkan TNG Digital

Touch n Go dan Alipay bekerjasama bangunkan TNG Digital

14 November 2017
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER