• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Anak Pecah Masuk iPhone X Ibunya Guna Face ID

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:55 am
  • 15/11/2017
  • Komen
Anak Pecah Masuk iPhone X Ibunya Guna Face ID
Share on FacebookShare on Twitter

Baru saja kami laporkan yang fungsi Face ID tidak mesra kembar seiras, kali ini kerentanannya mungkin lebih parah seperti yang disangka. Terbaru, seorang anak telah berjaya membuka iPhone X ibunya menggunakan Face ID. Ia lantas menimbulkan tanda tanya buat teknologi yang dikatakan sebagai penanda aras kepada keselamatan biometrik pada telefon pintar.

Menurut satu video yang dimuat naik ke YouTube, seorang ibu melaporkan yang anaknya turut berjaya membuka telefon ayahnya. Walau bagaimanapun, mereka berjaya mencari penyelesaiannya iaitu dengan menetapkan semula wajah pada Face ID dalam keadaan cahaya yang secukupnya.



Face ID adalah teknologi khas yang dibangunkan Apple bagi menggantikan Touch ID yang disisihkan untuk memberi ruang pada paparan nirbingkai pada iPhone X.

Komponen Face ID terletak pada bahagian “notch”. Ia memancarkan titik-titik laser lutsinar untuk memetakan kontur wajah dalam bentuk 3D. Face ID dikatakan lebih selamat berbanding Face Unlock pada Android kerana pada Android, kamera mengecam wajah secara 2D sahaja dan kebarangkalian untuk ralat positif lebih tinggi.



Sungguhpun Face ID adalah satu teknologi yang canggih, ralat positif adalah sesuatu yang boleh berlaku. Tanggung jawab kita adalah untuk meminimumkan ralat itu dengan cara memberi input yang secukupnya pada Face ID. Dalam kes ini, mendaftar masuk muka pada Face ID dilakukan dalam pencahayaan yang sempurna.

[Sumber: The Verge]

Tags: appleApple iPhone Xapple malaysiaFace IDharga iphone x malaysiaiPhone XiPhone X MalaysiaTouch ID
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

19 Mei 2022
Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

20 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Penyakit monkeypox, adakah kita di Malaysia perlu risau?

Penyakit monkeypox, adakah kita di Malaysia perlu risau?

24 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER